“Patutlah rezeki tak putus, ramai orang dia tolong tengokkan” – Jep Sepahtu dipuji ziarah Ebby Yus

“Patutlah rezeki tak putus, ramai orang dia tolong tengokkan” – Jep Sepahtu dipuji ziarah Ebby Yus

 

Pelakon dan pelawak, Jep Sepahtu lawat sahabatnya, Ebby Yus yang kini sedang derita pelbagai penyakit kronik seperti jantung dan buah pinggang telah mengundang rasa sebak ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin di laman Instagramnya, dia telah berkongsi sebuah foto ketika mengunjungi ke rumah Ebby, baru-baru ini.

“Saya sayangkan abang..” ujar Jep ringkas di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap prihatin Jep yang sentiasa berlapang dada membantu sahabat yang kurang bernasib baik.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Ebby kembali sihat seperti sedia kala dan diberikan kesembuhan agar beliau dapat bekerja semula dalam industri hiburan.

Sekadar info, Ebby alami masalah jantung dan penyakit buah pinggang bocor tahap tiga sehingga menyebabkan dia hilang mata pencarian dalam bidang seni.