“Patut minum tak puas” – Abang kopi buat demo, tunjuk perbezaan guna ais hancur dengan kiub

“Patut minum tak puas” – Abang kopi buat demo, tunjuk perbezaan guna ais hancur dengan kiub

 

Seorang usahawan kopi berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini selepas membuat pendedahan mengenai perbezaan ais kiub dan ais hancur yang kebelakangan ini semakin meraih populariti di kalangan peniaga.

Menerusi satu hantaran di platform TikTok, usahawan itu menjalankan satu ‘eksperimen’ dengan menyediakan dua cawan plastik sama saiz sebelum diisikan dengan dua jenis ais yang berbeza.

Usahawan yang lebih mesra disapa sebagai Abang Kopi itu kemudian memasukkan air bancuhan kopi sebanyak 250 mililiter (ml) ke dalam kedua-dua cawan plastik berisi ais hancur dan ais kiub.

Dalam rakaman berdurasi tiga minit 10 saat yang dikongsi di platform TikTok itu, dapat dilihat bahawa hanya cawan berisi ais kiub atau ‘ais baby’ boleh menampung kesemua air kopi berkenaan

Manakala untuk cawan berisi ais hancur pula, terdapat lebihan sebanyak 100ml yang tidak dapat dituang ekoran isi padu sudah penuh dan bermakna hanya 150ml air kopi berada dalamnya.

‘Eksperimen’ yang dilakukan pengusaha kopi berkenaan telah membuktikan bahawa isi padu air yang dituangkan ke dalam cawan berisi ais hancur itu adalah lebih sedikit berbanding ais kiub.

“Air yang berada dalam cawan berisi ais hancur ini adalah sebanyak 150ml sahaja. Manakala air yang berada dalam cawan ais kiub pula adalah 250ml. Nampak macam sama tetapi penggunaan ais yang menentukan isi padunya.

“Lebihan 100ml ini banyak ya, cuba bayangkan. Itu yang orang kata sekali cucuk (straw), boleh sedut habis. Jadi kepada anda semua, malaslah nak cakap panjang. Kamu tentukanlah sendiri nak sokong peniaga macam mana.

“Kepada peniaga pula, kalau boleh pakailah ais baby (kiub). Jangan pakai ais hancur. Tahu, memang nak untung. Tetapi kita nak meniaga ini biar rasa seronok dan keberkatan dalam menjalankan perniagaan,” katanya.

@thesumkopi

Replying to @bukan siapa siapa tengok sampai habis!! #abgkopi #thesumkopi #adasapa2nakkopi #kopi #malaysia #fyp #fypシ゚viral #kl #trend #coffeelover #jj #CapCut #foodie #business #peniagajalanan #tiktok #viraltiktok

♬ Slow and comical BGM(1083863) – Blanket