“Saya terpengaruh..” – Syamsul Yusof akui tersuka lagu ‘Jomblo Happy’

“Saya terpengaruh..” – Syamsul Yusof akui tersuka lagu ‘Jomblo Happy’

 

Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof terpengaruh pembantu peribadi sehingga menyebabkan dia tersuka satu lagu yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan dari Indonesia yang berjudul Jomblo Happy.

Menerusi satu hantaran di InstaStory, pengarah berusia 40 tahun itu telah memuat naik video memaparkan dirinya sedang memainkan lagu tersebut ketika sedang memandu.

Syamsul berkata walaupun dikenali sebagai penyanyi rap disamping menggemari muzik hip hop, dia bagaimanapun menyifatkan lagu itu sebagai terbaik.

Dalam pada itu, aktor itu turut mendedahkan bahawa dia mula mendengar lagu nyanyian kumpulan Gamma1 itu selepas dipengaruhi oleh pembantu peribadinya, Zaim Nasrudin.

“Okay, hari ni saya mengaku lagu ini lagu kegemaran saya. Walaupun saya penyanyi rap dan hip hop tapi lagu ni best.

“Saya terpengaruh dengan pembantu peribadi saya, Zaim” katanya.

Pada masa yang sama, Syamsul yang berada di dalam kereta juga bersenandung mengikut nada lagu itu sambil menari mengikut rentak muzik tersebut.

 

Sebagai info, lagu Jomblo Happy nyanyian Gamma1 itu mengisahkan tentang orang bujang yang tidak mempunyai pasangan sedang bahagia bersendirian.

Untuk rekod, Syamsul mula aktif menyanyi pada 2016 selepas empat tahun mencipta lagu secara diam-diam dan setakat ini, pengarah itu mempunyai lebih dari 10 buah lagu.

Antara lagunya adalah Kalah Dalam Menang, Senorita, Satu Kalimah, Evolusi KL Drift, Jangan Langsi dan banyak lagi.