Tiada rezeki, Azlan Komeng dan isteri halalkan wang RM10,000 yang hilang

Tiada rezeki, Azlan Komeng dan isteri halalkan wang RM10,000 yang hilang

 

Pelakon Azlan Komeng dan isteri halalkan wang RM10,000 yang dicuri ketika pasangan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 11 Oktober lalu.

Menerusi satu hantaran di TikTok, isteri aktor itu, Nur Nilam Ortiz berkata dia dan suaminya sedia maklum bahawa wang tersebut berkemungkinan tidak akan dikembalikan kepada mereka.

@puan_nilamortiz

penjelasan isu duit hilang, korang dengar ye🙏🙏🙏

♬ original sound – puan nilam ortiz – puan nilam ortiz

“Pasal isu duit tu, sampai sekarang pun kami masih belum terima panggilan atau mesej daripada sesiapa untuk pulangkan dan sebenarnya, kami sedia maklum bahawasanya kami takkan dapat duit tu balik,” katanya.

Susulan itu, selepas berbincang dengan suami, pasangan itu telah mengambil keputusan untuk menghalalkan wang berkenaan.

“Jadi selepas difikir-fikirkan, kami pun berbincang laki bini. Kami berfikir, takpelah. Demi Allah SWT, demi Rasul, saya dan  Azlan halalkan duit tu dunia akhirat.

“Kami halalkan supaya jalan kami mudah, urusan kami mudah dunia akhirat. Allah SWT mudahkan, murahkan dan lapangkan rezeki kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nur Nilam juga berkata mereka redha dengan kehilangan wang tersebut kerana percaya rezeki tidak pernah salah alamat.

“Kami pun tak nak terfikir-fikir benda-benda macam ni lagi kan. Kalau rezeki, tetap rezeki. Kalau bukan rezeki, yang dah dalam mulut pun boleh terkeluar balik.

“Untuk awak yang mengambil, saya dan Azlan halalkan supaya benda ni jadi sebab untuk awak berubah, InsyaAllah, kita doakan ya,” kongsinya.

Sementara itu, Nur Nilam juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang  tidak putus-putus memberikannya kata-kata semangat dan sokongan kepada pasangan itu.

“Jadi, pada yang mesej saya, terima kasih semua. Saya tak mampu nak balas semua kasih sayang korang. Yang sokong sos saya, Alhamdulillah, terima kasih.

“Memang saya tak sangka, kasih sayang Allah SWT ni luas. Allah hantarkan korang untuk bantu saya disaat saya memerlukan,” luahnya.

Sebelum ini, kenderaan jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh pasangan itu bertembung dengan sebuah trak polis sewaktu dalam perjalanan ke tapak perniagaan pada 11 Oktober lalu.

Azlan mengalami patang pada bahagian tangan kanan dan kedua-dua belah kakinya terpaksa menjalani pembedahan manakala Nur Nilam hanya mengalami cedera ringan.

Selepas prosedur pembedahan itu, Azlan dilaporkan berisiki lumpuh andai kaki kirinya tidak dijaga dan dirawat dengan baik.

Dalam pada itu, Nilam turut mendedahkan mereka kehilangan wang bernilai hampir RM10,000 ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya itu.