Ditawar buat hubungan sejenis, Zhiddin Aziz dedah sisi gelap di Tanah Suci yang ramai tak tahu

Ditawar buat hubungan sejenis, Zhiddin Aziz dedah sisi gelap di Tanah Suci yang ramai tak tahu

 

Pempengaruh media sosial Zhiddin Aziz terkejut apabila dia didekati oleh seorang individu yang mahu melakukan hubungan seks dengan ketika pemuda itu berada di Mekah.

Menerusi satu hantaran di Instagram, anak kepada pengacara televisyen,  Allahyarham Aziz Desa itu telah memuat naik satu video memaparkan perbualannya dengan seorang lelaki di lobi hotelnya di Tanah Suci.

Walaupun hanya menulis kapsyen ringkas ‘Sebalik Makkah’, namun perkongsian Zhiddin ini sebenarnya memaparkan mesej yang sangat mendalam.

“Ini saya berada di lobi hotel Makkah, hanya lima minit dari Kaabah tetapi perangai orang begini tetap ada. Video ini untuk mengingatkan walau di mana pun kita berada, dosa itu tetap ada,” katanya menerusi penerangan di video.

Pada video itu, pempengaruh berusia 22 tahun itu telah merakam perbualan antaranya dengan seorang lelaki yang dipercayai penduduk di kawasan tersebut.

Awalnya, lelaki yang mendekati Zhiddin bertanya sama ada pempengaruh itu berada di Mekah sendirian, namun dia menyatakan bahawa ibunya ada bersama di Tanah Suci.

Lelaki itu kemudian meminta Zhiddin untuk membawanya ke bilik hotel pempengaruh itu agar mereka dapat meluangkan masa bersendirian, bagaimanapun dia menolak dan bertany niat lelaki tersebut.

“Terus terang, awak ni gay ke?” kata Zhiddin kepada lelaki itu.

Lelaki itu mengakui dia sebenarnya suka dengan kaum sejenis, lalu Zhiddin bertanya sama ada lelaki berkenaan mahu melakukan hubungan intim dengannya.

Tanpa segan silu, lelaki yang mendekati pempengaruh itu mengiyakan perkara tersebut namun Zhiddin dengan pantas menolak permintaan tersebut dan meminta agar lelaki berkenaan meninggalkannya.

“Kalau itu niat awak, simpan sahaja. Saya tak mahu menjadi salah satu daripada anda. Tolong tinggalkan saya. Saya tak mahu dalam perbualan ini lagi,” kata Zhiddin dengan tegas.

Lelaki itu kemudian memohon maaf sebelum berdiri meninggalkan Zhiddin di ruangan lobi tersebut namun sempat menyentuh tangan Zhiddin sedikit.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang meluahkan rasa kecewa dengan kejadian tersebut kerana walaupun berada di Tanah Suci, masih ada yang berani melakukan dosa.

Kita sama-sama doakan agar mana-mana individu sebegini diberikan hidayah daripada Allah SWT, Aamiinn….