Pelajar Indonesia kongsi sebab kenapa pilih pakai Proton Satria di Malaysia

Pelajar Indonesia kongsi sebab kenapa pilih pakai Proton Satria di Malaysia

 

Jenama kereta keluaran Malaysia sebenarnya terbukti sudah bertaraf antarabangsa kerana berkualiti serta tahan lasak.

Selain warga tempatan, rupanya peminat kereta nasional ini juga dalam lingkungan individu dari luar negara termasuklah jiran tetangga kita iaitu Indonesia.

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan dua pelajar Indonesia yang berada di Malaysia memiliki Proton Satria dan mendedahkan sebab mereka memilih kenderaan tersebut berbanding kereta lain.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaunĀ @alirangadogado, antara sebab mereka memilih Proton Satria adalah kerana harganya yang tidak terlalu mahal dan cukai jalan serta insurans juga tidak terlalu tinggi.

Tambahnya lagi, dengan kemudahan mendapatkan komponen terpakai juga menjadi sebab utama pemilikan kereta Satria tersebut.

Dalam pada itu, difahamkan juga model Proton Satria 1.3 (C96) dan Proton Satria 1.8 GTi (C99) itu tidak dipasarkan ke Indonesia.

Kesimpulan dari pemilik Satria itu menyatakan secara keseluruhan pemilikan kereta nasional ini memang mampu milik termasuklah dalam aspek kos pembaikian.

@alirangadogado

sedikit review dari kita pelajar dari Indonesia šŸ˜ #indonesianinmalaysia #protonsatria

ā™¬ original sound – Dimas Izza – Dimas Izza

Malah, mereka menekan dengan memiliki kereta Satria ini memberikan satu perasaan istimewa kerana tidak tersedia di Indonesia.