Empat punca aircond kereta cepat rosak, nombor 3 tu ramai yang ambil remeh

Empat punca aircond kereta cepat rosak, nombor 3 tu ramai yang ambil remeh

 

Kereta merupakan satu komitmen yang perlu dijaga dengan baik kerana untuk memilikinya bukan satu perkara yang mudah.

Banyak aspek yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan kereta, termasuk dalaman dan luarannya.

Tidak dapat dinafikan, aircond kereta adalah salah satu ciri penting yang mesti dijaga rapi.

Bila aircond kereta rosak, secara tak langsung pemandu dan penumpang akan rasa kurang selesa di dalam kereta.

Lebih-lebih lagi bila kereta diletakkan di kawasan yang tidak berbumbung dan terkena cahaya matahari secara langsung.

Jadi, untuk elakkan masalah ini, pengguna TikTok @altimatsaujana akan kongsikan empat punca aircond kereta cepat rosak.

1. Buka tingkap semasa aircond dihidupkan

Ramai yang tidak sedar bahawa membiarkan tingkap terbuka semasa aircond sedang berjalan boleh memberi kesan buruk kepada compressor.

Apabila tingkap dibuka, compressor terpaksa bekerja lebih keras untuk menyejukkan ruang kereta yang terdedah kepada udara luar.

Jika kerap dilakukan, compressor boleh cepat rosak dan perlu diganti.

2. Merokok atau vape dalam kereta

Asap rokok atau wap vape yang berkumpul dalam kereta bukan sahaja menjejaskan kebersihan udara, tetapi juga boleh menyebabkan penapis aircond tersumbat.

Habuk dan sisa dari asap ini akan terkumpul di penapis, boleh mengurangkan ‘sejuk’ di dalam kereta dan memaksa sistem aircond bekerja lebih keras.

Akhirnya, mungkin anda perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk mengganti penapis yang rosak.

3. Biarkan suis aircond terbuka setelah matikan enjin

Ramai yang mengambil remeh hal ini.

Lupa atau kecuaian untuk menutup suis aircond selepas mematikan enjin kereta juga boleh menyebabkan kerosakan pada sistem aircond.

Apabila aircond terus dibiarkan hidup semasa enjin dimatikan, ia memberi tekanan tambahan kepada sistem aircond apabila enjin dihidupkan semula.

Kebiasaan ini boleh menyebabkan compressor dan komponen lain cepat haus.

4. Menggunakan pewangi kenderaan yang tidak sesuai

Pewangi kereta memang penting untuk memastikan ruang dalaman berbau segar, tetapi pewangi yang mengandungi bahan kimia tertentu boleh merosakkan cooling coil.

Ramai yang tidak tahu bahawa gas dari pewangi ini boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada sistem aircond.

Sebagai alternatif yang lebih baik, anda boleh menggunakan daun pandan untuk mengharumkan kereta tanpa risiko merosakkan komponen aircond.

@altimatsaujana

Antara punca-punca aircond kereta cepat rosak! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #bengkelkeretasaujanautama #bengkelkeretasungaibuloh #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #aircondkereta #automotive #automotif #automotivemalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifmobil

♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama