Baru timang anak, anggota tentera meninggal dunia ketika sesi latihan

Baru timang anak, anggota tentera meninggal dunia ketika sesi latihan

 

Sebuah berita hiba tular di media sosial hari ini apabila seorang anggota tentera meninggal dunia ketika dalam sesi latihan.

Lebih menyedihkan, Allahyarham yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung itu meninggal dunia selepas dipercayai mengalami dehidrasi ketika sesi latihan di Kem Terendak Melaka pada Selasa.

Menurut laporan Sinar Harian, sehari sebelum kejadian, Allahyarham LBdr, Mohd Izuan Hafiz Mohd Supian, 26, dari pasukan 361 Bti RAD (Para) sempat memuat naik gambar percutian bersama isteri dan anaknya di Cameron Highlands menerusi media sosialnya.

Anggota tentera yang terkorban itu difahamkan belum setahun mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Sungai Baru, Melaka pada Rabu.

Menerusi perkongsian Allahyarham di TikTok miliknya, ramai yang meninggalkan komen memuji keperibadiannya dan mendoakannya.

Cats 21

Dalam pada itu, Panglima 10 Briged (Para), Mejar Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal dan seluruh Warga 10 Briged (Para) turut berduka dan mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham di atas pemergian mengejut ini.

@hakakloreng_

Alfatihah Lbdr Mohamad Izuan Hafiz Bin Mohd Supian . Gugurnya seorang lagi pahlawan negara . #alfatihah #perwiranegara #361radpara

♬ Salam Terakhir – ◦•●◉✿💞🇷 🇪 🇪 🇿💞✿◉●•◦