Jualan global Starbucks merosot suku ketiga berturut-turut

Jualan global Starbucks merosot suku ketiga berturut-turut

 

Starbucks hari melaporkan bahawa jualan globalnya jatuh tujuh peratus pada Julai hingga September, penurunan suku ketiga berturut-turut rantaian kopi itu.

Jualan kedai setanding global Starbucks jatuh tujuh peratus pada Julai hingga September dan dua peratus untuk tahun fiskal penuh, merangkumi tempoh 52 minggu berakhir 29 September, lapor Agensi Anadolu.

Pendapatan sesaham syarikat itu jatuh 25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu kepada 80 sen.

Hasil bersih disatukan merosot tiga peratus kepada AS$9.1 bilion.

Rangkaian kopi itu menggantung ramalan tahunannya untuk tahun fiskal akan datang kerana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya, Brian Niccol, berkata Starbucks memerlukan ‘perubahan asas’.

“Prestasi yang lebih rendah daripada jangkaan untuk tahun fiskal penuh adalah hasil daripada penurunan trafik yang ketara, termasuk persekitaran pengguna yang berhati-hati, dan pelaburan yang disasarkan dan dipercepatkan kami yang tidak meningkatkan tingkah laku pelanggan, serta persekitaran makro dan persaingan di China yang menekan keputusan kami selanjutnya,” menurut kenyataan media Starbucks.

Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Starbucks, Rachel Ruggeri, dalam kenyataan itu berkata bahawa walaupun pelaburan meningkat dalam rantaian kopi, tiada perubahan ketara dilihat dari segi penurunan trafik di sebalik usaha kecekapan syarikat, walaupun mereka dilaporkan mempunyai rancangan untuk merangsang semula perniagaan dalam jangka panjang.

Starbucks berdepan protes dan kempen boikot di seluruh dunia kerana menyokong Israel, seperti yang ditunjukkan dalam keputusan kewangan syarikat untuk tiga suku terakhir.

Rangkaian kopi itu menurunkan unjuran jualan tahunannya untuk Oktober hingga Disember tahun lalu disebabkan kesan negatif terhadap jualan di Asia Barat, manakala pendapatannya jatuh dua peratus pada Januari hingga Mac tahun ini dan jualan globalnya merosot empat peratus, yang pertama sejak akhir 2020.

Starbucks melaporkan bahawa jualan globalnya jatuh tiga peratus pada April hingga Jun.