Didakwa 8 bulan tak bayar ansuran, wanita ‘naik hantu’ pecahkan cermin sebelum kereta ditarik

Didakwa 8 bulan tak bayar ansuran, wanita ‘naik hantu’ pecahkan cermin sebelum kereta ditarik

 

Tular di media sosial memaparkan seorang wanita pecahkan cermin kereta sebelum ditarik towing telah menjadi bualan hangat warganet di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Malaysia Automotive Shitposting 2.0 di laman Facebooknya, seorang pengguna yang tidak mendedahkan identitinya mendakwa wanita terbabit sudah lapan bulan tidak membayar kenderaannya itu.

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat wanita terbabit serta keluarganya bertindak merosakkan kereta milik mereka dengan menggunakan batu dan besi di hadapan pekerja towing.

“Sendiri tak bayar sendiri marah. Btw kereta dah kena cangkuk luar pagar, owner pergi start kereta turun dari towing masuk rumah dia. Sebab tu bumper pun pecah.

“Blacklist lah nama kau sampai tua, usedcar pun tak nak beli kalau kena lelong. Owner dah miskin, sebab tu tak bayar monthly.

“Dengar cerita 8 bulan huhu, naya towing pun kemek kena langgar,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kecam tindakan tidak bertanggungjawab keluarga terbabit yang tergamak merosakkan harta benda walhal ia adalah kesalahan sendiri yang gagal melunaskan hutang.

Dalam pada itu, ramai mendakwa perbuatan wanita berkenaan tidak memberi apa-apa keuntungan sebaliknya hanya memberi kerugian lebih besar kepada mereka.