Berniaga sambil bersedekah, peniaga ini jual cendol durian RM3 je

Berniaga sambil bersedekah, peniaga ini jual cendol durian RM3 je

 

Cendol sememangnya satu makanan yang ‘menyegarkan’ tekak, lebih-lebih lagi ketika waktu panas. Ditambah pula isi durian, cendol itu menjadi lebih lazat untuk dinikmati.

Bagaimanapun selalunya harga cendol itu akan menjadi seganda-dua lebih mahal daripada cendol biasa.

Bagaimanapun, terdapat satu kedai yang menawarkan cendol durian semurah RM3 sahaja.

Cendol durian murah itu dikongsikan oleh TikTok @ahmad.azwan.alfat dan tular menjadi bualan orang ramai.

Menerusi gambar dimuat naik, kedai itu siap beri resit kepada para pelanggan.

Ramai warganet seakan-akan tidak percaya ada peniaga yang menjual cendol durian serendah RM3.

Menurut netizen yang merupakan warga tempatan di situ, mereka mengakui kedai Durian Atok Jalan Kebun memang menjual makanan itu dengan harga yang sangat mampu milik.

“Nama pun durian Atok. Alhamdulillah, murah rezeki sehingga sampai ke cucu.”

“Semoga murah rezeki owner kedai umpama air yang mengalir tanpa henti.”

“Berniaga sambil bersedekah, berniaga sambil bersedekah.”

“Atok ini nak menjual ke sedekah? Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki kepada tuan kedai,” kata netizen.

Jika anda kelapangan dan teringin untuk mencuba sendiri, bolehlah buka aplikasi Waze atau Google Maps untuk menuju ke kedai Durian Atok Jalan Kebun. Dibuka setiap hari, bermula 3 petang, kecuali Jumaat pukul 2 petang.

Difahamkan jika datang pada hari minggu, perlu bersabar sedikit kerana beratur panjang dan ruangan parkir penuh.