Selepas beberapa kali dipecat majikan, Alice Chang kini bekerja di butik pula?

Selepas beberapa kali dipecat majikan, Alice Chang kini bekerja di butik pula?

 

Nama Alice Chang terus menjadi sebutan ramai susulan beberapa isu tular mengenai dirinya.

Selepas diberhentikan daripada beberapa pekerjaan, Alice Chang kembali bekerja di sebuah butik pakaian tradisional masyarakat India di Brickfields, Kuala Lumpur.

Perkara berkenaan didedahkan oleh pihak butik tersebut menerusi hantaran video di TikTok Indya My.

@indya_my

Happy Deepavali!!! Welcome to Indya Brickfields. Say “hello” to our new recruit SA Ms Alice Chang 👋🏻 We have new collections just arrived to make your festival more colourful!!! #indya #indyamy #indyakl #fashion #alicechang #indyajb #indyaklang #deepavali2024 #fashionkl

♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (Speed Up) – PONCHET

“Selamat Hari Deepavali. Selamat datang ke Indya Brickfields. Ucapkan ‘hello’ pada SA baru kami, Cik Alice Chang.

“Di butik kami, beberapa koleksi terbaharu baru saja sampai untuk mewarnai perayaan anda,” tulisnya.

Menerusi hantaran video berkenaan, Alice memakai sari diapit oleh dua orang wanita berbangsa India mengalu-alukan kedatangan pelanggan ke butik berkenaan.

Rata-rata netizen terkejut dengan video berkenaan dan mempersoalkan bagaimana mudahnya dia mendapat peluang pekerjaan.