“Awalnya diberi nama Bella And Friends” – Stacy dedah punca tarik diri konsert Sumandak Stars

“Awalnya diberi nama Bella And Friends” – Stacy dedah punca tarik diri konsert Sumandak Stars

 

Penyanyi terkenal, Stacy dedah sebab tarik diri Konsert Sumandak Stars selepas pihak syarikat pengurusannya Rythm & Rhyme Entertainment memaklumkan bahawa penyanyi itu tidak akan terlibat.

Pihak mereka juga memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan sangat menghargai pemahaman daripada peminat berhubung hal tersebut.

Pengumuman berkenaan telah membuatkan para peminat isteri kepada vokalis kumpulan Akim & The Majistret kecewa apabila memaklumkan membeli tiket kerana mahu melihat Stacy tampil.

Susulan daripada itu, memetik laporan dari hlive, Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Shaikhah Stacy binti Anam menyatakan yang terpaksa menarik diri kerana ada syarat yang tidak dipatuhi.

“Sebenarnya sewaktu pertama kali ditawarkan untuk terlibat dengan konsert ini, saya tolak.

“Pada awalnya konsert ini diberi nama Bella And Friends. Tetapi saya tolak disebabkan ada kerja lain.

“Bila saya terima saya ada letakkan beberapa syarat. Penting untuk mereka tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh,” katanya.

Ujarnya lagi, selepas mereka bersetuju untuk menukar nama konsert kepada Sumandak Star, segala urusan berjalan baik-baik sahaja sehinggalah sewaktu sidang media berlangsung.

Dia akui terkejut apabila gambarnya keluar dan melihat mereka tidak mengikuti apa syarat-syarat yang telah dinyatakan.

Jadi, dia memilih untuk tarik diri dan tidak mahu terlibat dalam konsert berkenaan.

“So bila dah PC apa semua tu keluar gambar.

“Saya agak terkejutlah sebab rasanya saya sudah jelaskan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

“Memandangkan saya sendiri tiada lock atau pun kontrak, dan saya dengar saya orang terakhir untuk confirm. Jadi saya ada masa untuk tarik diri dan tidak mahu terlibat,” katanya lagi.

Stacy juga mengakui bahawa poster konsert tersebut turut menjadi salah satu punca mengapa dia menarik diri kerana ia berbeza dengan apa yang dibincangkan,”

Walaupun pada awal merasakan ia kesalahan teknikal, namun dia mendapat tahu bahawa gambar tersebut memang sudah ada dari draf pertama lagi.

“Saya jadi macam, “Adakah benda ini disengajakan?” Atau saya sekadar dimasukkan untuk apa? Saya pun tak tahu..” soalnya.

Dedah penyanyi lagu Pelangi Senja itu, poster bukanlah punca utama dia menarik diri kerana ada lagi beberapa syarat yang tidak dipatuhi oleh pihak penganjur.

Stacy dedah sebab tarik diri

Terdahulu, para peminat artis-artis kelahiran Sabah menzahirkan rasa teruja apabila bakal mendengar penyanyi kegemaran mereka berada di satu pentas menerusi konsert tersebut.

Selain Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi Wani Kayrie, Nikki Palikat dan Didi Astillah turut akan memeriahkan lagi konsert berkenaan yang dijangka berlangsung pada 30 November 2024.