Netizen bengang media antarabangsa gelar manggis ‘buah viral TikTok’

Netizen bengang media antarabangsa gelar manggis ‘buah viral TikTok’

 

Pada ketika ini buah manggis menjadi tular di platform TikTok gara-gara daya tarikannya ‘Ratu Buah’ itu yang unik.

Penampilannya yang menarik, dengan kulit tebal berwarna ungu dan isi putih, sekaligus menambah daya tarikan visual dalam video TikTok.

Dalam satu video dokumentari pendek yang dikeluarkan oleh media antarabangsa, mereka menyatakan kesukaran untuk mendapatkan, serta popularitinya telah menyebabkan harga ‘Viral TikTok Fruit’ mahal.

Menerusi komen-komen dikongsikan netizen pada video tersebut, ramai yang marah kepada media antarabangsa tersebut kerana menggelarkan buah manggis sebagai ‘Viral TikTok Fruit’.

Orang ramai menegaskan buah Manggis sudah jauh lebih lama popular di kalangan orang Asia. Bukanlah popular disebabkan TikTok.

Netizen menjelaskan buah Manggis jarang dieksport dari negara Asia kerana buah tersebut ditanam untuk makan sendiri.