“Kalau kad rosak, cash ada” – Cik B tukar duit RM50k untuk berbelanja di Sepanyol raih perhatian

“Kalau kad rosak, cash ada” – Cik B tukar duit RM50k untuk berbelanja di Sepanyol raih perhatian

 

Siapa yang tidak mengenali Cik B atau nama sebenarnya adalah Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang sering meraih perhatian daripada orang ramai.

Cik B juga seorang yang sering menghiburkan ramai orang dengan video-video kontennya yang dimuat naik di laman media sosial miliknya.

Anak kepada usahawan kosmestik sensasi itu, Dato’ Seri Vida, kelihatan sering meluangkan masa bersama ibunya di rumah. Netizen pasti tidak kering gusi apabila melihat gelagat anak-beranak ini membuat video bersama.

Kini, perniagaan milik Cik B mendapat perhatian ramai apabila dikatakan laris dan banyak mendapat permintaan.

Baru-baru ini, tular mengenai Cik B yang membeli kereta pada usia yang sangat muda dan ianya membuatkan ramai terpegun melihat kejayaannya itu.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Cik B yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2.7 juta, tanda suka sebanyak 136 ribu dan sebanyak 1,321 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Cik B yang pergi menukar duit sejumlah RM50,000 untuk dibawa ke Sepanyol. Cik B mengatakan bahawa dia menukar sejumlah wang tersebut ada untuk digunakan semasa kecemasan kerana khawatir jikalau berlaku kehilangan atau kerosakkan pada kad banknya itu.

@cikb_havoc

Before pergi Spain, kita tukar duit lah dulu guys nak belajar sambil belanja kat sana #tiktokmalaysia #cikb #bossb #fyp #fypシ゚ #fypviral #onthisday #money #dinero #euro #moneychanger

♬ Vlog ・ Stylish city pop(1275391) – orino

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Cik B sangat beruntung kerana dapat sambung belajar diluar negara dengan hasil keringat wang ringgit sendiri.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.