“Masa viral elok je..” – Wanita kecewa peniaga jual ‘chicken wrap’ ala kadar selepas popular

“Masa viral elok je..” – Wanita kecewa peniaga jual ‘chicken wrap’ ala kadar selepas popular

 

Kadang-kala ada baiknya sesebuah kedai makan untuk kekal ‘lowkey’ kerana selalu selepas dah popular pasti kualiti makanan turut merundum.

Inilah yang dialami oleh seorang wanita yang mana meluahkan ketidak puasan hati dengan seorang penjual ‘chicken wrap’ di Sungai Besar yang dikatakan kualitinya merudum selepas menjadi tular.

Dia mendedahkan pernah beberapa kali membeli makanan dari kedai tersebut kerana terbukti kesedapannya dan cukup padat dengan isi ayam serta sayur dipotong elok.

“Hari tu masa viral elok je. Isi ayam, potong sayur pun cantik. Ini bila dah ramai orang, potong sayur besar-besar gajah, sos penuh, ayamnya dah tak jadi dah. Jadi, sosej ayam ke tak tahu lah,” luahnya.

Namun, tiba kali ke-3 lain pula jadinya apabila ‘chicken wrap’ yang dibeli hanya terisi sosej sebagai pengganti kepada ayam lalu dituang dengan sos selambak serta sayur yang tidak dipotong dengan saiz yang bersesuaian.

Difahamkan sebelum dikerumuni orang ramai, kualiti makanan sangat bagus dan rasa berbaloi  membayar pada harga RM6.50.

Susulan tidak berpuas hati dengan kualiti makanan yang dijual, wanita ini menegaskan yang dia tidak akan membeli lagi di situ.

“RM6.50 macam ni? Lepas tu mula la sekarang orang tak ramai mula cakap kedai buatan orang, orang tak nampak kedai dia la,” ujarnya.

Malah, dia mengingatkan kepada penjual untuk tidak menyalahkan sihir dan seumpamanya jika tidak didatangi pelanggan selepas ini.

@ramlah1909

Dari org beratur amai dh tak laku, patut pon laaa😣 why..why!!! jarang la nk marah2 ni , kite dh la lapar bayar 6.50 untuk kenyang tp marah je yg dpt☹️ lokasi : SG BESAR, Sel #foodreview #bad

♬ original sound – Ramlah AIA takaful – Ramlah AIA takaful

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen turut bersetuju dengan luahan wanita terbabit kerana memang banyak kedai yang menjadi popular dalam masa singkat kebiasannya akan mengalami kualiti merundum.

Dalam masa sama, ramai juga sudah serik dengan kedai ‘viral’ kerana biasanya indah khabar dari rupa sahaja dan tidak mencapai jangkaan yang diharapkan.