Kapal Malaysia didakwa curi pasir laut buat Indonesia rugi RM66 juta

Kapal Malaysia didakwa curi pasir laut buat Indonesia rugi RM66 juta

 

Kejadian kapal berbendera Malaysia curi pasir laut di perairan Kepulauan Riau sedang heboh diperkatakan oleh negara jiran Indonesia.

Menurut laporan berita Tempo, Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Sakti Wahyu Trenggono, yang secara kebetulan berada di kawasan itu pada 9 Oktober 2024, berjaya menggagalkan kegiatan haram ini yang telah menyebabkan kerugian lebih RM66 juta (Rp223 miliar) kepada Indonesia.

Ketika kunjungan kerja di Pulau Nipa, Menteri Trenggono memerintahkan pasukan Direktorat Jenderal Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan Perikanan (PSDKP) untuk segera memberhentikan dan memeriksa dua kapal berkenaan, MV YC 6 dan MV ZS 9.

Kedua-dua kapal ini dikesan sedang mengambil pasir laut tanpa dokumen yang sah, melibatkan kapten kapal warga Indonesia dengan anak kapal terdiri daripada 13 warga China dan 1 warga Malaysia.

Menurut Victor Gustaaf Manoppo, Direktur Jenderal Pengelolaan Kelautan dan Ruang Laut (PKRL), tindakan pencurian ini telah mengakibatkan kerosakan besar kepada ekosistem laut serta kerugian hasil negara.

Anggaran pasir yang kena curi oleh kapal Malaysia sebanyak 10 ribu ton dalam satu kali operasi dan dilakukan sebanyak 10 kali sebulan, menjadikan jumlah pasir yang diangkut keluar dari perairan Indonesia sekitar 1,2 juta ton setiap tahun.

Pasir yang dikorek oleh kapal-kapal ini dipercayai dibawa ke Singapura.

Victor turut menegaskan bahawa selain kerugian sumber, kejadian ini juga menyebabkan kerugian dalam bentuk hasil cukai, bayaran izin penggunaan ruang laut (KKPRL), dan persetujuan ekspor yang gagal dipatuhi oleh pelaku.

Menteri Sakti Wahyu Trenggono bersama PSDKP kini memperketat pengawasan di perairan Indonesia, khususnya di kawasan perbatasan.

Victor juga menekankan perlunya sanksi tegas dikenakan terhadap pelaku untuk memastikan mereka menghentikan kegiatan pencurian sumber daya laut ini.

Polisi Khusus (Polsus) Kelautan yang bertanggung jawab mengawal sumber daya kelautan telah memainkan peranan penting dalam mengekang pencurian dan kerosakan ekosistem laut.

Sejak awal 2024, Polsus Kelautan telah berjaya menangani 108 kes berkaitan pengelolaan wilayah pesisir dan pulau-pulau kecil, termasuk kes pemanfaatan ruang laut tanpa izin, destructive fishing, dan pelanggaran lainnya.