“Tak pernah ada tunggakan” – Wanita kesal beli kereta sambung bayar, Saga FLX lesap dirembat ‘owner’

“Tak pernah ada tunggakan” – Wanita kesal beli kereta sambung bayar, Saga FLX lesap dirembat ‘owner’

 

Pasangan suami isteri menanggung rugi ribuan ringgit kerana membeli kereta sambung bayar. Di mana tuan asal kereta tersebut – nama yang ada pada geran – telah mengambil balik kereta tersebut tanpa pengetahuan mereka.

Perkongsian ditulis di kumpulan Facebook. Wanita itu berkata, “Saya pembeli kereta sambung bayar Saga FLX. Kisahnya agak sedih, tapi saya redha dan serah pada Allah. Ujian suami isteri.

“Malam tadi owner dah bawak lari kereta tanpa pengetahuan saya dan suami. Kami tengok-tengok kereta dah hilang. Padahal kereta tak pernah ada tunggakan.

“Saya pakai dan bayar bulanan dah setahun. Duit deposit RM3,500 pun dia bawa lari, tak pulangkan semula. Tahu-tahu semua lenyap dah.

“Alhamdulillah. Masih ada motor Kriss milik suami. Cuma kami takde kereta sahaja. Doakan kami dapat beli kereta cash satu hari nanti.”

Wanita tersebut kemudian mendedahkan gambar pemilik kereta itu dan juga nombor plat kenderaan kerana tidak mahu orang lain pula menjadi mangsa selepas ini.

Dia turut kesal di atas apa yang berlaku dan menganggap ianya satu pengajaran.

“Saya up kan gambar kereta no plat, gambar owner dan gambar geran kereta di sini.

“Saya tahu, dia akan jual pula kereta itu pada orang lain, atau dia akan bagi orang sewa. Sebab owner ada buat bisnes kereta sewa.

“Alamat di dalam geran adalah alamat yang sah owner masih duduk. Terima semua atas pendapat, nasihat dan doa yang baik untuk saya. Inshallah, semua ini jadi pengajaran utk diri saya sendiri.