“Dia manusia yang saya tak mahu jumpa dah” – Nourul Depp

“Dia manusia yang saya tak mahu jumpa dah” – Nourul Depp

 

Penyanyi Nourul Depp atau dulunya dikenali sebagai Nurul Wahab menegaskan dia tiada perancangan untuk kembali berduet dengan bekas suaminya, Ajai.

Menurut Kosmo, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun Instagram Nurul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 47, dia berang dengan berita kononnya dirinya sudah bersedia untuk kembali berduet dengan Ajai.

“Saya marah dan bengang. Ya saya seorang yang profesional. Tetapi untuk kembali menyanyi bersama tiada dalam perancangan saya. Tolong la.

“Jangan buat cerita yang tidak keluar daripada mulut saya,” tulisnya.

Tambah penyanyi yang kini menetap di Bali itu lagi, dia dan Ajai sudah lama tidak bercakap dan bersemuka.

“Kami tidak bercakap dan saya pun tak mahu bercakap atau bersemuka dengannya. Tak mahu, tak mahu, tak mahu.

“Anda tidak tahu apa yang kami lalui. Manusia yang saya tak mahu jumpa dah,” tulisnya.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatan, Nurul dikatakan bersedia jika diberi peluang untuk berkolaborasi semula dengan Ajai.

Nurul dan Ajai pernah berkahwin pada tahun 1996 namun bercerai 10 tahun kemudian. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 26 tahun.

Nurul kembali berkahwin dengan lelaki asal Perancis, Eric Daniel Depp pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Zachary, 11, Raphael, 8 dan Isabella, 5.