Perkahwinan 18 tahun berakhir, Fazley Yaakob sah bercerai dengan Azrene Ahmad

Perkahwinan 18 tahun berakhir, Fazley Yaakob sah bercerai dengan Azrene Ahmad

 

Penyanyi yang juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan mahligai perkahwinan yang dibina selama 18 tahun sudah runtuh sejak beberapa bulan lalu.

Jelas Fazley, beliau dan Azrena Soraya Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Azrene Ahmad telah sah bercerai dan bekas isterinya itu sudah selesai menjalani tempoh iddah beberapa bulan lalu.

“Keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama selepas 18 tahun bergelar suami isteri dan saya sendiri telah memfailkan penceraian.

“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah Fazley, 46, hubungannya dengan bekas isterinya kekal baik seperti sewaktu mereka mula-mula berkenalan dahulu.

Malah empat anak mereka iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma 7 tahun kini dalam penjagaan bersama.