“Jadi ketua keluarga pun gagal..” – Idam jawatan Perdana Menteri, netizen perli Andika Putera

“Jadi ketua keluarga pun gagal..” – Idam jawatan Perdana Menteri, netizen perli Andika Putera

 

Selepas meluahkan hasrat untuk membeli bangunan Tun Razak Exchange (TRX), pempengaruh Andika Putera idam jawatan Perdana Menteri telah berjaya tarik perhatian ramai

Andika atau Muhammad Andika Putera Salleh, 27, berkata dia tidak kisah impiannya itu diperlekehkan oleh orang ramai kerana menganggap perkara tersebut adalah ujian untuk mencapai cita-citanya.

“Dika nak jadi perdana menteri, itu impian Dika. Orang kata gila, biarlah. Saya memang nak menjadi seorang leader.

“Ramai orang pergi minta benda tu, Allah akan bagi dengan ujian yang sebesar yang kau minta sebab kau kena layakkan diri kau dulu,” katanya.

@youcasttt

Menteri @Andika Putera

♬ original sound – Youcast – Youcast

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen mempersoalkan bagaimana Andika mahu menjadi seorang perdana menteri untuk memimpin negara sedangkan pernah gagal dalam perkahwinannya sebelum ini.

Dalam pada itu, ramai netizen kurang jelas dengan apa yang dibicarakan oleh Andika sepanjang sesi podcast itu berlangsung dan meminta pempengaruh tersebut membetulkan percakapannya sebelum menjadi perdana menteri.

Terdahulu, Andika yang berhasrat untuk membeli bangunan Tun Razak Exchange (TRX) percaya akan merealisasikan impian besarnya itu suatu hari nanti walaupun ia kelihatan sukar untuk dicapai.

Sekadar info, Andika pernah bercerai dengan Ananda Natasha pada tahun 2022 namun mereka rujuk semula demi kebaikan anak.

Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila sekali lagi mengambil keputusan untuk bercerai pada Disember tahun lalu. Sebelum ini kecoh di media sosial perbalahan Andika dan Ananda yang masing-masing dilihat membuka aib bekas pasangan.