“Ni ubat dia..” – Majikan bakar motosikal pekerja positif dadah cetus reaksi netizen

“Ni ubat dia..” – Majikan bakar motosikal pekerja positif dadah cetus reaksi netizen

 

Seorang majikan meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila kebaikannya disalah guna oleh pekerja sehingga mereka terpalit dengan gejala tidak sihat seperti menghisap dadah.

Tular satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @alongbosss_garage_motor yang dirakam membakar motorsikal pekerjanya sendiri, yang diberikan olehnya sebagai hadiah, selepas pekerja itu didapati positif dadah.

Dalam video yang mengejutkan orang ramai, Along, seorang pemilik bengkel, berkongsi bahawa motorsikal tersebut telah diberikan kepada pekerjanya sebagai bantuan untuk memudahkan perjalanan ke tempat kerja.

Namun, pekerja itu dikatakan menyalahgunakan pemberian tersebut setelah beliau didapati positif dadah.

Berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab pekerja itu, Along membuat keputusan untuk membakar motorsikal tersebut, sebagai satu bentuk pengajaran kepada pekerjanya.

Walaupun dia sedar tindakannya mungkin kontroversi di mata penonton, dia tetap mempertahankan keputusannya.

Ramai netizen meluahkan pendapat yang bercampur-baur.

Malah sebahagian netizen merasakan tindakan membakar motorsikal itu sebagai pengajaran yang cukup memberi kesan.

“Kalau aku dapat boss macam ni alangkah bersyukurnya.”

“Respect bang dah tolong dia tapi dia taknak tolong kita takpe bang pape pon terbaik.”

Namun, tidak kurang juga yang berpendapat bahawa tindakan Along terlalu drastik dan lebih baik jika motorsikal tersebut disumbangkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

“Bang…dari bakar mcm tu kan..lebih baik jual kt org… dapat jugak modal balik bang.. kalau bakar mcm tu dgn modal³ hangus pi sekali.”

“Ramai dah yang bakar…tak paham orang sekarang awat la bakar kalau jual semula kan ada hasil…jangan jawap tau hang bos yang berjaya dan kaya zaman la ni.”

Namun, Along dengan tegas menyatakan bahawa dia mempunyai hak untuk bertindak sedemikian, kerana merasa dikhianati oleh pekerjanya.

Tambah Along, pekerja berkenaan kini berada dalam tahanan polis dan dijangka dibebaskan pada hari Isnin.