Puteri Balqis tulis puisi ‘broken child’ buat Fatima, ini respon Fazura

Puteri Balqis tulis puisi ‘broken child’ buat Fatima, ini respon Fazura

 

Pelakon Puteri Balqis menulis satu puisi yang ditujukan khas buat anak kepada pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin yang baru sahaja bercerai minggu lepas.

Puisi yang berjudul “Buat adikku, Fatima” itu berkisar tentang pandangan daripada ‘seorang anak kepada seorang anak’ besertakan kata-kata semangat buat Fatima untuk lebih kuat dan cekal.

Malah dia memberi ingatan dan nasihat agar hargai kedua-dua ibu bapa biarpun sudah berpisah.

Malah, puisi tersebut dilihat memberi satu pesanan tentang ‘kekejaman’ netizen yang mengeluarkan kata-kata pedih tanpa mengetahui situasi sebenar.

Bahkan, Puteri Balqis menyatakan bahawa dia yakin Fatima mampu membezakan antara baik dan buruk apabila dia membesar.

“Masa akan tiba untuk kau lebih bijak berfikir, dalam membuat keputusan. Dengarlah luahan mereka, jadilah pengubat derita mereka. Aku pasti tiada ego di hati mereka untuk memohon maaf padamu, kerana kau permata, yang dikasihi, dijaga dengan cukup sempurna.”

Puteri Balqis juga turut memberikan pesanan buat Fatima supaya sentiasa menjadi pengubat derita ibu bapanya.

Pelakon berusia 17 tahun itu juga mengatakan bahawa biarpun ibu bapa Fatima bercerai, dia sebenarnya masih beruntung kerana mempunyai ibu bapa yang penyayang berbanding dengan anak-anak broken child yang lain.

“Terlalu jauh jika ingin dibandingkan derita kehidupan ‘broken child’ yang sebenar. Anak-anak sepertimu masih beruntung berbanding anak-anak seperti kami.
Maka bergembiralah wahai anak kecil. Jangan kau bersedih dengan pandangan manusia lain. Kau berhak bahagia.

“Kita menderita kerana cinta. Maka belajarlah dari pengalaman insan yang benar-benar mengasihimu, bukan dari musuh dalam selimut yang cuma ada di waktu kau punya segalanya.”

Dalam masa yang sama, Puteri Balqis turut memberikan penghargaan buat Fazura dan Fattah Amin kerana menjaga Fatima dengan baik. Puisi ini telah menjadi tumpuan orang ramai termasuklah Fazura sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, Fazura mengucapkan terima kasih kepada Puteri Balqis atas kata-kata puitis yang disampaikan itu, sebagai ibu, Fazura terima pesanannya dengan hati terbuka dan mendoakan agar Puteri Balqis juga kuat.

Screenshot 2024 10 14 153424