“Mana maruah awak?” – Bekas isteri ‘dikenenkan’ dengan Fattah Amin, Jofliam tegur Cik Epal

“Mana maruah awak?” – Bekas isteri ‘dikenenkan’ dengan Fattah Amin, Jofliam tegur Cik Epal

 

Pempengaruh dan usahawan, Jofliam minta Cik Epal jaga maruah sepanjang menjalani tempoh iddah selepas dikenenkan dengan pelakon popular, Fattah Amin.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar tegur tindakan bekas isterinya itu untuk menghormati tempoh iddah selain memaklumkan keberadaannya.

“Wahh mak dia pun sama naik. Patut telefon Han bertubi-tubi. Kepada Cik Epal, awak dalam keadaan iddah, awak kena patuh kepada suami awak. Awak keluar tak bagitahu pergi mana.

“Awak buat tak tahu anak-anak. Dekat Instagram awak bagitahu dekat orang yang awak rindu dekat anak-anak. Awak dekat mana?

“Sejak bercerai awak tinggal anak dan tak bagitahu pergi mana? Iddah saat kita jaga maruah kita sebagai seorang perempuan untuk kita muhasabah. Sekarang tengah iddah tengah kenen dengan orang lain.

“Yang awak kenenkan tu, dia ada isteri dalam keadaan iddah. Awak patut hormat isteri dia. Sekarang ni apa beza awak dengan kes viral sebelum ini. Awak cakap Dewi tak jaga hati awak dalam tempoh iddah,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut menyeru kepada orang ramai untuk menasihati individu yang terang-terangan melakukan kesalahan dan menghormati wanita yang sedang menjalani tempoh iddah.

“Kepada semua perempuan di luar sana, awak boleh sokong perempuan tapi dalam masa yang sama tolong letak maruah korang di tempat yang paling tinggi.

“Korang dah tahu orang tu buat salah, fikir guna otak. Nak kenen lepas habis iddah. Sekarang dua-dua dalam keadaan iddah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jofliam mengakui tiada perasaan cemburu terhadap apa yang berlaku sebaliknya berasa malu dengan tingkah laku bekas isterinya itu.

“Saya tak rasa cemburu cuma rasa malu. Sebagai bekas suami, saya ada bekas isteri yang beriya-iya nak bekas suami orang yang isterinya masih dalam keadaan iddah juga.

“Saya malu. Dengan bangga update dekat posting,” tambahnya.

Terdahulu, Cik Epal mengesahkan dia sudah bercerai dengan Jofliam selepas 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.