Netizen teruja lihat lelaki Jepun sanggup ubah suai K-Car jadi Perodua Kelisa

Netizen teruja lihat lelaki Jepun sanggup ubah suai K-Car jadi Perodua Kelisa

 

Selalunya rakyat Malaysia lebih gemar ubah suai rupa kereta kebangsaan menjadi seperti model keluaran Jepun kerana tampil lebih cantik dan sporty.

Namun, perkongsian seorang lelaki bernama Kenji Hoshino yang berasal dari Jepun memperlihatkan hasil ubah suai Kei Car iaitu kereta ringan buatan negara tersebut menjadi seperti model Perodua.

Difahamkan dia telah menggunakan kereta model Daihatsu Mira lalu diubah suai dari segi struktur kereta yang dahulunya miliki tiga pintu menjadi dua dan kosmetik luaran termasuk emblem untuk tampil seperti  kereta Kelisa keluaran Perodua.

Menariknya, siap pakai nombor plat serupa di Malaysia untuk tampak lebih asli seperti di negara ini.

Sebagai sentuhan pelengkapnya, dia turut mengenakan cat berwarna light gold yang cukup ikonik di kalangan pemilik Kelisa tempatan di Malaysia.

Hantaran pemuda Jepun itu di grup FB Kelisa Owners ternyata menjadi perhatian netizen tempatan yang mana rata-ratanya sangat teruja melihat perubahan K-Car menjadi Kelisa dengan jayanya.