Mat Saleh dikecam, dakwa Kuala Lumpur terlalu nak jadi ‘Amerika’
Sebuah perbincangan di media sosial baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila pelancong barat yang menggunakan nama twomadexplorers di aplikasi Threads menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap bandar Kuala Lumpur (KL) yang terlalu mahu menjadi Amerika.
Menurut pelancong tersebut, mereka tidak suka KL kerana bandar itu terlalu ‘Amerika’—dipenuhi dengan jenama-jenama besar seperti Starbucks, McDonald’s, dan Dunkin’ Donuts, yang menguasai kebanyakan ruang komersial.
Mereka mendakwa bahawa KL kehilangan identiti Malaysia dan menjadi terlalu komersial.
Bagi mereka, Kuala Lumpur tidak lagi mempromosikan budaya Malaysia tetapi lebih kepada meniru bandar-bandar besar di Amerika.
Menariknya, walaupun tidak suka KL, pelancong ini menekankan bahawa mereka sebenarnya “sangat suka Malaysia” dan menzahirkan rasa hormat mereka terhadap pelbagai tempat di negara ini.
Mereka memuji tempat-tempat seperti Terengganu, Melaka, Kedah, Pahang, Sarawak, Sabah, Penang, dan Georgetown sebagai ‘Malaysia yang sebenar’.
Ini menunjukkan bahawa pelancong ini menghargai aspek budaya, sejarah, dan keindahan alam Malaysia di luar bandar-bandar besar.
Bandar-bandar seperti Georgetown di Pulau Pinang, atau kawasan pantai yang indah di Terengganu dan Sabah, menawarkan pengalaman yang jauh berbeza daripada suasana sibuk bandar KL.
Tempat-tempat ini menonjolkan sejarah, budaya, dan keindahan alam semula jadi Malaysia
Di Georgetown, contohnya, pelancong boleh jumpa gabungan unik warisan sejarah dan budaya tempatan yang kaya, sementara Terengganu dan Sabah menawarkan pantai yang bersih, pulau-pulau yang indah, dan kehidupan masyarakat yang lebih tradisional.
Ini adalah tempat di mana pelancong dapat merasa lebih dekat dengan budaya Melayu, Cina, India, dan suku-suku asli di Malaysia.
Bagi pelancong tersebut, walaupun KL adalah pintu masuk ke Malaysia dan pusat perniagaan utama, ia kehilangan tarikan bagi mereka yang mahukan pengalaman sejarah dan budaya.
Pelancong seperti twomadexplorers lebih cenderung mencari destinasi yang masih mengekalkan nilai-nilai tradisional Malaysia.