11 komponen kereta yang wajib diperiksa dan diganti

11 komponen kereta yang wajib diperiksa dan diganti

 

11 komponen kereta yang wajib diperiksa dan diganti

Kereta merupakan salah satu kenderaan utama yang digunakan oleh masyarakat untuk keperluan harian, sama ada untuk keluar bersantai, bekerja atau mengangkut barang.

Oleh itu, kereta memang akan digunakan sepenuhnya dan banyak masa dihabiskan di atas jalan. Jadi, pemilik perlu menjaga kereta dengan baik supaya ia boleh terus bergerak tanpa masalah.

Mengabaikan penyelenggaraan berkala boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi, maka pemilik harus peka terhadap tempoh penyelenggaraan.

Ianya bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan terbaik untuk digunakan.

Baru-baru ini, seorang mekanik berpengalaman, Muhammad SE telah berkongsi 11 komponen penting yang perlu diperiksa dan diganti oleh pemilik kereta mengikut tempoh yang sepatutnya.

Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.

11 komponen penting kereta wajib diperiksa dan ditukar ikut tempoh masanya

“Bro, boleh tanya saya punya waterpump ni bila mau tukar?”

Saya dapat banyak soalan di messenger berkenaan jangka hayat komponen kereta, bila masa mau tukar.

Kamu pernah rasa pelik bila kereta tiba-tiba susah start? Atau waktu hujan, wiper macam tidak membantu langsung?

Banyak komponen dalam kereta ada jangka hayat dia, kalau tidak jaga, boleh bikin susah diri sendiri.

Nah, ini antara komponen penting yang kamu perlu periksa dan tukar ikut tempoh yang sepatutnya:

1. Lampu kereta periksa setiap 6 bulan

Kalau sudah nampak redup atau sebelah mati, jangan tunggu sampai kena saman baru mau tukar.

2. Wiper cermin depan tukar setiap 6 bulan hingga 1 tahun

Kalau bunyi geseran makin kuat atau tidak bersih, itu tandanya sudah haus.

3. Spark Plug jangka hayat dalam 30,000 – 50,000 KM

Kalau enjin rasa semput atau susah hidup pagi-pagi, ini mungkin penyebabnya.

4. Timing Belt tukar dalam lingkungan 60,000 – 100,000 KM

Jangan tunggu sampai putus, kalau tidak, enjin boleh kena overhaul terus!

5. Alternator periksa setiap 100,000 KM

Kalau bateri selalu lemah atau lampu dashboard berkelip, ini tanda alternator sudah mau “game over”.

6. Fuel Pump periksa setiap 100,000 KM

 Kalau enjin tiba-tiba mati semasa jalan, boleh jadi fuel pump sudah tidak kuat hantar minyak.

7. Water Pump pastikan servis setiap 100,000 KM

Kalau rosak, suhu enjin boleh naik mendadak dan berisiko overheat.

8. Clutch

Biasanya tahan sampai 100,000 KM, tapi kalau selalu tekan separuh-separuh semasa jalan jem, mungkin cepat haus.

9. Fuel Filter tukar dalam 40,000 – 80,000 KM

Kalau rasa enjin kurang power atau kasar, ini mungkin penyebabnya.

10. Brake Pad & Disc Brake , brake Plpad tahan 30,000 – 70,000 KM

Kalau sudah rasa pedal lembut atau berbunyi geseran.

Disc Brake boleh tahan 80,000 – 120,000 KM, tapi kalau sudah nampak calar dalam atau rasa gegar semasa brek, itu tanda sudah haus.

11. Fuel Injector periksa dalam 40,000 – 60,000 KM

Kalau enjin rasa semput atau RPM tidak stabil, ini boleh jadi punca.