“Sebulan saya belanja dalam RM300k” – Cik B dedah outfit ‘head to toe’ cecah lebih RM100,000
Anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida, Cik B belanja RM300,000 sebulan dan mendedahkan bahawa outfit yang dipakai sewaktu ditemu bual bernilai lebih kurang RM100,000.
Menerusi video yang dikongsi penyampai radio Era FM, Radin di TikTok, dia telah bertanyakan pakaian dan aksesori yang digayakan Cik B pada hari tersebut.
Apa yang membuatkan ramai tercengang sudah tentu harga-harga yang dinyatakan kerana semuanya terdengar ‘luar biasa’.
@radinamiraffendy PASANG BADAN X @cikb_havoc66 !! Idea asal: @DJ Nazz Video: @zarul zulkifli Editor: @fareeznasir #cikb #cikbhavoc #pasangbadan #kubilangjangandinjangan #takhensemtapimanisnyaada #skibidi
Kebanyakan pakaian dan aksesori yang digayakan dibeli di luar negara dengan jenama-jenama mewah dipadankan di badannya.
Ada juga di antara pakaian yang dipakai tidak diketahui harganya, namun berdasarkan jenama pasti dapat meneka berapa nilai sebenar.
“Cermin mata hitam saya beli di Milan, Itali dalam harga RM5,000 lebih.
“Cincin satu set dalam RM2,000.
“Jam ini saya selalu pakai sebab sepadan dengan baju, dari brand Omega dan harganya RM90,000.
“Baju ini biasa sahaja harganya RM900 manakala baju di bahagian dalam pula dari jenama Al Hilal dalam harga RM600. Seluar pula kawan saya yang buatkan dan berharga RM900.
“Kasut Balenciaga RM7,000. Beg pula dari jenama Louis Vuitton berharga RM12,000 dan dompet saya RM1,000 lebih,” ujarnya.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin mendedahkan yang dirinya menghabiskan RM300,000 sebulan untuk berbelanja lebih-lebih lagi sejak tidak meminta wang dari ibunya.
“Tak riak la, dalam RM300,000. Dulu minta kebenaran mama (untuk berbelanja) tapi sekarang tak,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan maklum balas di ruangan tersebut dengan berasa kagum mendengar harga-harga yang dinyatakan Cik B terutamanya jam tangan.
Mereka juga menyatakan yang usahawan dan pempengaruh tersebut langsung tidak terlihat riak walaupun menjelaskan harga-harga pakaian digayakan yang mencecah ratusan ribu ringgit.
Sekadar info, Cik B merupakan anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida dan kini sudah mempunyai perniagaan sendiri.
Dia juga memaklumkan sudah mengeluarkan pembelajaan sendiri termasuklah memberi kereta idaman tanpa bergantung kepada ibunya lagi.