Rosyam Nor bengang, difitnah pernah beri nasihat ‘pedas’ buat Fattah Amin sebelum kahwin

Rosyam Nor bengang, difitnah pernah beri nasihat ‘pedas’ buat Fattah Amin sebelum kahwin

 

Perceraian membabitkan pasangan pelakon, Fattah Amin dan Nur Fazura masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Malah, dilihat beberapa rakan artis juga mengulas isu tersebut sehinggakan ada yang tidak pernah bersuara mengenai hal itu turut terpalit sama.

Itu yang berlaku kepada pelakon Datuk Rosyam Nor, meluahkan rasa bengang apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan namanya konon turut bersuara mengenai rumah tangga selebriti berkenaan.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon filem Memoir Seorang Guru itu berkongsi beberapa tangkap layar yang memaparkan fitnah yang dibuat menggunakan namanya.

“Fattah patut tahu dari awal dengan siapa dia nikah. Aku dah tegur dulu – Rosyam Nor,” tulis dakwaan itu dalam satu hantaran di TikTok yang difahamkan telah pun dipadamkan.

Screenshot 2024 10 10 142803

Berang dengan tuduhan dibuat, Rosyam memberi amaran akan mengheret individu terbabit ke muka pengadilan.

“Korang tunggu aku seret korang pergi mahkamah! Buat fitnah, aibkan orang,” tulisnya.

Selepas perceraian Fattah dan Fazura pada 7 Oktober lalu, tular semula rakaman video podcast Rosyam yang membincangkan topik tentang segelintir isteri akan mula memandang rendah terhadap suami apabila dia bekerjaya dan mempunyai kewangan lebih daripada lelaki.

Difahamkan, podcast terbabit diterbitkan pada tahun lalu.