“Janganlah beli” – Doktor kongsi risiko guna fabrik pakaian 100% polyester

“Janganlah beli” – Doktor kongsi risiko guna fabrik pakaian 100% polyester
Seorang pengamal perubatan iaitu Dr Irma Izzati telah berkongsi terdapat jenis bahan atau material pakaian yang boleh mengganggu kesihatan seseorang.
Malah apa yang lebih menakutkan ia juga boleh mengundang risiko kepada kanser, masalah hormon, serta mengganggu keupayaan seseorang dalam mendapatkan cahaya mata.
Doktor Irma bagaimanapun tidak menafikan jenis material ini selesa namun kesannya adalah tidak bagus kepada kesihatan.
“Material baju boleh mengganggu hormon, boleh ganggu keupayaan korang dapatkan bayi, mengundang risiko dapat kanser. Korang pernah dengar tak?
“Nampaknya sekarang, banyak gila yang mempromosikan ada satu jenis. Yes in a way, dia sangat selesa. Tapi korang kena berhati-hati pilih material baju ni.
“Sebab kandungan mikroplastik dekat dalam baju tersebut memang dapat mengganggu korang punya masalah macam saya cakap tadilah,” ujarnya.
Material yang dimaksudkannya itu adalah 100% poliester. Malah doktor Irma menyifatkan pakaian itu tidak panas serta berangin namun tidak bagus untuk jangka masa panjang.
“Jawapan dia inilah 100% polister (polyester). Kalau boleh korang janganlah beli baju yang 100% polyester. Kalau ada campuran itu, mungkin boleh diterima lagi lah kot.”
Jelas beliau, orang ramai boleh gunakan alternatif fabrik lain yang lebih selamat.
“Yang bagus punya material kalau boleh korang boleh invest dekat anak-anak adalah material jenis kapas (cotton).”
Antara material yang boleh digunakan adalah seperti:
- Cotton
- Linen
- Bamboo (buluh)
Jelasnnya lagi, material yang dicadangkan itu tidak dinafikan mempunyai harga yang sedikit mahal berbanding poliester.
@drirmaizzati Jawapan kat sini 👉🏻 @irma 🍉 Btw chill lah yang marah2 i tak disclose material tu dah kenapa. Mmg i nak tgk jawapan u guys dulu. Sampai keluar kata2 herdik dan makian macam i buat kesalahan yang besar pun ada. Be nice, be kind, HORMAT RUMAH ORANG boleh kan? Dahla, tengok je lah jawapan tu. Thats the lat video of me. I taknak dah elaborate further. U guys buat la kerja rumah sendiri 😏
Ujarnya, bagi material poliester ia boleh dijual murah disebabkan sumber bahan asasnya murah selain sudah tentu ia mempunyai plastik, mikroplastik dan BPA (Bisphenol A) yang tinggi, pewarna sintetik yang membawa banyak kemudaratan.
Ini dilihat antara sebab kenapa poliester merupakan fabrik yang paling banyak digunakan di dunia seperti yang dilaporkan Council of Fashion Designers of America.
“Jadi bila korang nampak 100% poliester jadi janganlah beli. Pastikan dia ada cotton atau campuranlah. Kalau rasa tidak berkemampuan untuk membeli 100% cotton (kerana harga yang mahal) kalau campuran poliester tu tidak beberapa tinggi okaylah. Boleh diterima lagi,” jelasnya.
Selain itu doktor Irma turut menasihatkan jika masih ingin menggunakan pakaian daripada poliester pastikan membasuhnya dengan betul.
Ini kerana material poliester jika asyik dibasuh boleh mengeluarkan material mikroplastik dan ia sangat bahaya kerana meningkatkan risiko kanser.
“Lepas tu ada juga beberapa kajian ada mengatakan atau teori tu sebab (punca) budak-budak sekarang baligh (age puberty) semakin awal. Selepas itu, masalah untuk mendapatkan zuriat, malah kalau yang TTC (Trying To Conceive) pun kita kata elakkan pakai sebarang wangian.
“Sebarang barang-barang mekap yang berunsur kimia (chemical) sebab kita tidak tahu apa kesan dekat kita punya hormon semua itu. Jadi ya 100% poliester, adalah tidak (sepatutnya digunakan).”
Dia dalam masa sama turut berpendapat pakaian menggunakan bahan 100% poliester tidak selesa dan rimas kerana memerangkap haba dan tidak serap peluh.
Selain itu, baju yang 100% poliester juga mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
Melihat di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan apa yang diterangkan oleh doktor Irma.
Malah ada yang mengatakan mereka tidak boleh menggunakan kain jenis poliester kerana akan mengalami ruam pada kulit.
Menerusi laporan mStar, terdapat lima kesan atau risiko kesihatan yang boleh berlaku disebabkan menggunakan bahan diperbuat daripada poliester. Antaranya:
- Rawatan akhir poliester – Formaldehid telah digunakan bagi mengurangkan kedut sert membantu pewarna, namun ia boleh menyebabkan kulit kerengsaan selain dikaitkan dengan kanser. Bukan hanya itu PFOA (Perflurooctanoic acid) pula menjadikan pakaian berkenaan kali air serta menyumbang kepada masalah lain.
- Pemanasan dan peluh – apabila poliester dipanaskan ia akan melepaskan hormon antimon yang akan mempengaruhi jantung, paru-paru termasuk kerengsaan mata. Namun risikonya adalah rendah dan hanya meningkat jika pakai tak dicuci terlebih dahulu.
- Kebolehnafasan dan hipoalergenik- Bahan poliester ini turut menghalang kebolehnafasan dan hipoalergenik yang mengundang masalah kulit, dermatitis, jerawat serta kerengsaan bagi mereka yang berkulit sensitif.
- Pencemaran mikroplastik- Poliester juga merupakan jenis fabrik yang mengeluarkan mikroplasti yang mencemari alam sekitar selain ia boleh masuk dalam rantaian makanan, dan mengundang masalah kesihatan seperti keradangan dan kerosakan DNa.
- Kesuburan- Kajian yang dilakukan menunjukkan pemakaian baju dalam daripada fabrik jenis poliester juga boleh mengurangkan sperma dan mempunyai potensi mempengaruhi kesuburan.