Jika gagal tingkatkan kemahiran, lebih 600,000 individu dalam 10 sektor utama ini berisiko hilang pekerjaan

Jika gagal tingkatkan kemahiran, lebih 600,000 individu dalam 10 sektor utama ini berisiko hilang pekerjaan

 

Jika gagal tingkatkan kemahiran, lebih 600,000 individu dalam 10 sektor utama ini berisiko hilang pekerjaan

Semakin menuju ke arah 2025, boleh dikatakan setiap negara bakal mengalami isu pekerjaan di dalam sektor utama kerana kehadiran kecerdasan buatan yang jauh lebih efisien dan pantas dalam menyelesaikan sesuatu tugasan rumit.

Oleh itu, setiap individu perlu menyiapkan diri dengan ilmu kemahiran berdasarkan permintaan pasaran di luar sana.

Memetik Rnggt, difahamkan sehingga 5 tahun mendatang didapati sejumlah 620,000 individu dalam 10 sektor utama di pasaran berisiko kehilangan pekerjaan jika mereka masih tidak menaik taraf bakat kemaharian semasa.

Kenyataan dibuat berpandukan kajian Impak AI, Digital dan Ekonomi Hijau ke Atas Tenaga yang dibuat oleh TalentCorp yang mana menegaskan kesan daripada perkembangan penerapan teknologi pada pasaran pekerjaan.

Kehadiran teknologi canggih secara langsung dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam sejumlah sektor di luar sana.

Berikut adalah sektor utama yang dimaksudkan: –

1. Aeroangkasa

2. Kimia

3. Tenaga dan kuasa

4. Perniagaan global

5. Peranti perubatan.

6. Elektrik dan elektronik

7. Teknologi

8. Farmaseutikal

9. Pembuatan dan perkhidmatan makanan

10. Borong dan runcit

Oleh kerana penerapan teknologi sedemikian, majikan akan lebih mempunyai banyak pilihan dan sasaran dalam menggaji pekerja berlandaskan kemahiran spesifik sahaja.

Oleh sebab itulah keperluan menambahnilai bakat semasa adalah penting untuk memastikan kumpulan pekerja negara terus relevan pada permintaan pasaran.

Kehadiran teknologi juga bakal membuka jurang baharu yang mana bakal wujud kerja baharu dalam bidang tertentu dan ada sebahagian kerja yang digantikan dengan kecerdasan buatan.

Jadi, individu yang berada di dalam sektor utama yang disenaraikan untuk mengambil inisiatif dalam bersiap siaga dengan kemahiran yang  menepati permintaan pasaran terkini.