“Mungkin dosa suami saya pakai emas, tapi dari segi lain, dia perfect” – Atikah Suhaime

“Mungkin dosa suami saya pakai emas, tapi dari segi lain, dia perfect” – Atikah Suhaime

 

“Mungkin dosa suami saya pakai emas, tapi dari segi lain, dia perfect” – Atikah Suhaime

‘Suami saya cuma pakai rantai emas tapi dari segi hal lain dia sempurna’

Demikian kata pelakon Datin Atikah Suhaime apabila terdapat segelintir menegur suaminya iaitu usahawan Datuk Lokman Teh yang dilihat memakai rantai emas.

Dalam hantaran di Instagram, pelakon asal Singapura itu memohon maaf atas kekurangan suaminya memakai rantai emas selain memberitahu dia sudah menegur perbuatan tersebut.

“Maaf sis, suami saya nakal sikit, dah cakap kat dia dah.

“InsyaAllah, dia akan berubah secara perlahan-lahan,” katanya.

Akui Atikah, dia juga masih belum sempurna kerana tidak berhijab, namun memohon doa yang terbaik agar berubah menjadi lebih baik disisi agama Islam.

Jelas Atikah, meskipun segelintir pihak melihat rantai emas dipakai suaminya, namun Lokman Teh disifatkan lelaki sempurna dan bertanggungjawab terutama dalam melayaninya sebagai isteri.

“Suami saya tidak pernah sakitkan hati saya dan layan saya dengan penuh kelembutan.

“Mungkin suami saya cuma pakai rantai emas tapi daripada segi lain dia sempurna,” katanya di ruangan komen.

Dia juga menasihati orang ramai untuk memberi teguran secara baik tanpa timbul rasa benci tiada manusia di dunia ini dilahirkan dengan sempurna.

Sekadar info, Atikah Suhaime, 33, telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu.

Pada September tempoh hari, dia telah berkongsi gambar terbaru dirinya dengan memperlihatkan baby bump dan mengakui sedang hamil anak sulung.