Hilang sewaktu bekerja, wanita temui ‘sisa’ anak dalam ketuhar bakeri
Baru bermigrasi dari India ke Kanada kira-kira 3 tahun lalu, dua beranak iaitu Gumsimran Kaur, 19, dan ibunya telah sama-sama bekerja di sebuah cawangan pasaraya Walmart selama 2 tahun.
Namun pada 19 Oktober lalu, si ibu langsung tidak menyangka sebuah kejadian pilu akan mengakhiri hidup anak perempuannya buat selama-lamanya.
Sepanjang bekerja dalam shift yang sama, si ibu ini akan sesekali memeriksa keadaan anaknya. Malangnya pada malam 19 Oktober, dia menyedari gadis itu tiada di bahagian tempat kerjanya.
Mulanya, mereka menyangka mungkin Gumsimran sedang melakukan kerja di bahagian urusan pelanggan dalam pasaraya itu.
Namun firasat kurang enak semakin kuat dirasai kerana Gumsimran tidak menjawab panggilan telefon. Walhal selama ini, anaknya tidak pernah bersikap sebegitu.
Beberapa jam kemudian, seorang pekerja lain berkata mereka ternampak seperti kesan ‘kebocoran’ pada ketuhar di bahagian bakeri.
Si ibu mengambil tindakan berani untuk membuka ketuhar besar jenis walk-in tersebut dan akhirnya menemui ‘sisa-sisa’ tubuh Gumsimran yang sudah habis dipanggang.
Hingga saat ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut itu sama ada ia berlaku secara tidak sengaja atau mungkin ada unsur-unsur jenayah.
Dalam masa sama, persoalan mula tercetus bagaimana Gumsimran boleh terperangkap dalam ketuhar besar itu?
Beberapa pekerja Walmart yang sudah biasa mengendalikan ketuhar itu menjelaskan, sebenarnya amat mustahil untuk seseorang terperangkap dalam ketuhar besar itu.
Di bahagian dalam terdapat besi kecemasan yang boleh ‘melantunkan’ pintu ketuhar sekiranya ia tertutup. Pintu ketuhar sendiri hanya boleh ditutup rapat dari arah luar. sahaja apalagi ia ditolak dengan sekuat hati sehingga ada bunyi ‘click’ sebelum proses pemanggangan bermula.
Malahan, segala butang untuk menghidupkan ketuhar juga hanya boleh ditekan dari luar.
Berikut merupakan beberapa video demontrasi oleh pekerja Walmart menunjukkan ketuhar ini tidak mungkin tertutup sendiri :
@brandongonezshow Check out these people showing how walk-in ovens operate at their workplace. After the recent tragedy of a 19-year-old died inside a Halifax Walmart store, many are left wondering how this could happen. #Walmart #WalkInOvens #employees