Menerusi video yang dikongsikan di akaun @blondethinks, wanita berkongsi persoalan yang bermain di dalam fikirannya yang mana mendakwa rakyat Malaysia sentiasa kelihatan gembira ketika berada di Kuala Lumpur.
“Adakah hanya saya atau orang di Kuala Lumpur sangat gembira pada setiap masa? soalnya kepada penonton.
Tambahnya kerana dia melihat sebelahnya diduduki keluarga besar termasuk anak dan orang dewasa makan malam bersama.
Walaupun kanak-kanak membuat bising, dia mendapati mereka semua bergembira, gelak tawa serta melompat merata tempat. Wanita itu mengganggap ia sesuatu yang manis dan turut geli hati melihat keletahnya.
“Di Sweden, saya tidak melihat kanak-kanak dan orang dewasa bersama dalam cara sebegini. Dan tidak gembira seperti mereka (rakyat Malaysia) di sini,” katanya.
Melalui kapsyen, dia hanya memberi pandangan berdasarkan pemerhatian ketika melawat di Kuala Lumpur.
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen tempatan mendedahkan jika kalau nilai kekeluargaan yang diterapkan di dalam masyarakat sekaligus menyumbang kepada kegembiraan yang dipaparkan di luar sana.
“Mungkin sebab kami tidak menghadapi musim sejuk atau mungkin sebab makanan tempatan yang sedap. Kemungkinan besar semua perkara di atas ditamvah dengan budaya mensyukuri apa yang dimiliki,” kongsi seorang netizen.
“Bukan kami tidak pernah ada perbalahan di dalam keluarga, tetapi mengetahui ada orang yang menghadapi perkara yang lebih teruk dari pergaduhan kecil hanya membuatkan kami lebih bersyukur mempunyai keluarga yang baik,” ujar seorang lagi.
“Hidup ini sangat mencabar tetapi kami menghargai walaupun perkara kecil di dalam hidup. Hidup mesti diteruskan,” kata seorang netizen tempatan.
Ada juga yang berpendapat sifat positif berkenaan berjaya didapatkan kerana ramai yang redha dan bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan juga keharmonian yang dinikmati selama ini.