“Teringat saat getir..” – Zaquan Adha mahu jual meja snuker, tempat terakhir beri bantuan CPR arwah anak

“Teringat saat getir..” – Zaquan Adha mahu jual meja snuker, tempat terakhir beri bantuan CPR arwah anak
Bekas pemain bola sepak kebangsaan negara, Zaquan Adha menyatakan mahu jual meja snuker di rumahnya kerana tidak sanggup lagi melihat meja berkenaan.
Ujarnya di Insta Story, meja snuker terbabit merupakan tempat di mana dia dan isteri, Ayu Raudhah meletakkan allahyarham anak mereka, Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha untuk diberi bantuan pernafasan sebelum ambulans tiba.
Jelas Zaquan, dia dan isteri telah meletakkan baby Raees di meja berkenaan dan sedaya upaya memberikan bantuan kecemasan ketika allahyarham sudah tidak bergerak.
“Saya nak jual table ni. Sebab dekat atas table ni lah saya dan Ayu letak Baby Raees untuk buat CPR sementara tunggu Ambulans sampai,” tulisnya.
Zaquan juga memberitahu selagi meja tersebut masih berada di rumahnya, dia pasti akan terus teringat-ingat akan momen getir berkenaan.
Jadi, dia mahu jual meja snuker itu dan meminta sesiapa yang benar-benar berminat untuk menghunbunginya dengan meninggalkan direct message (DM).
“Selagi ada table ni, saya akan sentiasa teringat saaat-sat getir ketika cuba sedaya upaya selamatkan Raees.
“JIka ada yang betul-betul minat boleh DM saya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Mohamad Zaquan Adha Abdul Razak turut berkongsi gambar pakaian terakhir allahyarham Baby Raees yang diberikan pihak Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban kepadanya.
Dia juga sempat berkongsi momen sewaktu mereka sekeluarga bercuti bersama beberapa minggu lepas dan menjadi percutian terakhir dengan anak bongsu mereka.
Walau bagaimanapun, Zaquan telah meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk berkumpul bersama-sama sebelum salah seorang daripada anaknya dijemput Ilahi.
Terdahulu, selebriti sukan itu telah memaklumkan di Insta Story miliknya bahawa anak bongsu mereka telah meninggal dunia pada petang Selasa lalu.
Dia meminga agar orang ramai dapat mendoakan agar dia dan isteri kuat menghadapi ujian ini serta berharap agar sama-sama menyedekahkan al-Fatihah kepada allahyarham baby Raees.
Sekadar info, sepanjang mendirikan rumah tangga, Ayu dan Zaquan dikurniakan cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser; Muhammad Aisy Aryann; Laura Zuleykha; Muhammad Aisy Khaliq; Muhammad Aisy Al Jibreel; dan anak keenam yang berusia dua tahun.
Manakala, Baby Raees berusia 6 bulan dan telah dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu di sebuah pusat perubatan swasta.