Warga Palestin buat kecoh lagi, kali ini siap bakar cadar di WTKL

Warga Palestin buat kecoh lagi, kali ini siap bakar cadar di WTKL

 

Warga Palestin buat kecoh lagi, kali ini siap bakar cadar di WTKL

Nampaknya warga Palestin didapati sekali lagi membuat kecoh di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) apabila dikatakan mereka mahu dibawa pulang ke negara asal secepat mungkin.

Insiden terbabit telah berjaya dirakam oleh beberapa individu yang berada di sekitar itu lalu dikongsikan secara meluas di media sosial pada hari semalam.

Di dalam salah satu video yang dikongsikan Amir Ahmad di TikTok, beberapa warga Palestin di WTKL berkumpul di lobi wisma berkenaan sambil memegang sebuah kertas tertera “tiada pengusiran, kita perlu kembali ke mesir” padanya hal ini susulan laporan antarabangsa mengatakan terdapat rakyat negara berkenaan menetap di sana bagi tujuan perlindungan.

@midkiners

@anwaribrahimofficial mereka mahu balik ke Egypt. mohon tunaikan permintaan mereka Dato’ Sri #palestine

♬ original sound – Amir Ahmad – Amir Ahmad

Difahamkan mereka juga menjalankan kempen mogok lapar sebagai protes yang mana membabitkan wanita dan juga kanak-kanak.

Tidak cukup sekadar merosakkan harta benda di sekitarnya, mereka kelihatan membuat kecoh dengan mengoncang pagar di wisma tersebut dan cuba meraih simpati dari orang yang lalu lalang di situ.

@midkiners

@anwaribrahimofficial 4 Jan 25 jam 5pm, rakyat Palestin mogok di Wisma Transit Kuala Lumpur, banyak peralatan dirosakkan dan dibakar. Mohon tindakan Tan Sir hantar mereka pulang.

♬ original sound – Amir Ahmad – Amir Ahmad

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh WTKL berhubung kes tular tersebut kepada umum.

Orang ramai mula membuat pelbagai spekulasi seperti mereka mungkin mengalami stres kerana terkurung lama di situ dan barangkali merasa lebih selesa di Mesir.