Warga emas terharu, gerai di Medan Selera HKL dikunjungi ramai selepas video tular
Warga emas terharu, gerai di Medan Selera HKL dikunjungi ramai selepas video tular
Dua hari lepas, tular sebuah video memaparkan dua orang warga emas dilihat mengusahakan sebuah gerai makan dekat Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru yang menarik perhatian.
Hal ini kerana, meskipun di usia emas, kedua-dua pakcik dan makcik ini kelihatan masih gigih bekerja serta mesra melayan pelanggan yang berkunjung ke gerai mereka.
Malah pemilik video di TikTok, @daruslantak juga memuji menu Nasi Goreng Ayam yang dikatakan sedap.
“Di usia begini pun masih gigih bersemangat mencari rezeki. Pakcik dan makcik ni baik orangnya, peramah. Tak lekang dengan senyuman.
“Makan sini korang kena sabar sikit sebab pakcik dan makcik tak ada staf. Dorang berdua je,” kata pemilik video.
@daruslantak Nasi Goreng Ayam sini sedap… Jom Support Pakcik dengan Makcik ni niaga dekat Medan Selera Jalan Raja Mudah Abdul Aziz Kg Baru KL gerai No 16
Kedua-dua warga emas itu juga katanya sudah berniaga di situ sejak tahun 1995 sehingga sekarang.
Susulan tularnya video tersebut, gerai makan yang dimiliki dua warga emas ini telah dikunjungi oleh penyampai radio ERA, Munaa Bella yang juga teringin untuk merasa masakan warga emas tersebut.
Kunjungan Munaa telah disambut baik oleh pakcik dan makcik tersebut yang kemudiannya diketahui bahawa mereka berdua merupakan adik beradik yang berusia 75 dan 78 tahun.
@era.je Replying to @bunga Makcik & Pakcik ni adik beradik 🥺 Pakcik 75 Tahun, Makcik 78 Tahun 🥹 Dua dua masih kuat cari rezeki sebab mereka tiada pencen 😭 Kasih Sayang Adik beradik 💚 #ERARadioNo1PalingLegit #ChinguERA @Annyeong Chingu! 🥰
Menurut Munaa, kedua-dua adik beradik tersebut sangat terharu dengan sokongan yang diterima mereka, malah mendedahkan makanan yang dijual mereka habis dua hari berturut-turut kerana gerai tersebut dikunjungi ramai orang. Alhamdulillah…
“Makcik dan pakcik happy sebab dua hari ni makanan habis sebab ramai datang. Sebelum ni tak ramai macam ni. Terima kasih semua yang datang support!
“Korang boleh pergi support dan makan ok dekat Medan Selera Raja Muda Abdul Aziz. Sayang semua,” tulis ERA.
Korang kalau free bolehlah datang ke gerai makcik pakcik ni dekat Medan Selera berdekatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Gerai No 16. Tapi harap korang bersabar ya kalau ramai orang, macam diberitahu tadi makcik dan pakcik ni tak ada staf. Semoga mereka terus dimurahkan rezeki. Amin!