Wanita maut terjatuh dari treadmill, terpelanting keluar tingkap dari tingkat 3 gimnasium
Baru-baru ini, tular video memaparkan kemalangan yang terjadi di sebuah pusat gimnasium telah mencuri tumpuan ramai
Menerusi perkongsian video daripada @Heraloebss di laman aplikasi X, kelihatan wanita tersebut sedang berjoging menggunakan salah satu treadmill di gim berkenaan. Difahamkan, insiden itu berlaku di Pontianak, Indonesia.
Malangnya, kejadian tidak diingini berlaku apabila wanita itu tidak dapat mengawal pergerakan kakinya mungkin kerana treadmill terlalu laju, lalu menyebabkan dia terjatuh ke belakang.
Lebih menyedihkan, dia terpelanting dari tingkat tiga gim tersebut gara-gara tingkap di belakangnya terbuka luas.
Dia dilaporkan meninggal dunia pada semalam, 18 Jun 2024.
Detik -detik seorang Perempuan meninggal usai terjatuh dari treadmill dan terpental keluar dari jendela yang ada di lantai 3 tempat Gym. (18/6/2024)
📍Pontianak pic.twitter.com/blTEfUvSZy
— Miss Tweet | (@Heraloebss) June 18, 2024
Innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga pusat gimnasium itu lebih peka dengan keselamatan pengguna gim dan meletakkan alat di tempat yang betul.