Wanita jadi punca kemalangan selamba ‘tinggalkan’ penunggang motosikal yang jatuh

Wanita jadi punca kemalangan selamba ‘tinggalkan’ penunggang motosikal yang jatuh

 

Tular satu rakaman video di mana seorang wanita meninggalkan penunggang motosikal terjatuh selepas lelaki itu berselisih di hadapannya.

Pada awal video itu, kelihatan seorang wanita cuba melintas jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Semasa melintas, dia meluru tanpa memerhatikan keadaan sekeliling dahulu sehingga menyebabkan penunggang motosikal hilang kawalan semasa betul-betul berselisih di hadapan wanita terbabit.

Plastik di tangan wanita itu jatuh ke atas jalan, begitu juga dengan penunggang motosikal yang terjatuh beberapa meter dari tempat wanita itu berdiri.

Mungkin disebabkan terkejut, selepas memandang mangsa yang terjatuh itu buat seketika, wanita terbabit segera meninggalkan tempat kejadian dengan melalui ‘ruang kecil’ di antara pembahagi jalan tanpa mengambil semula plastiknya yang terjatuh itu.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian memperlahankan kenderaan dan datang seorang lelaki untuk membantu mangsa. Daripada video itu, kelihatan mangsa masih boleh bangun tanpa perlu bantuan.

Tindakan wanita itu yang menyeberang jalan raya secara berbahaya itu mengundang kecaman warganet kerana dia bukan sahaja telah menjadi punca kemalangan, pada masa sama langsung tidak berasa bertanggungjawab untuk membantu penunggang motosikal terbabit.

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM @15GAGMY

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM @15GAGMY

Menurut netizen, kejadian berlaku di Jalan Klang Lama, pada pukul 8 pagi seperti yang tertera pada paparan rakaman video yang sedang tular itu.

Pada masa sama netizen mendoakan semoga penunggang motosikal itu dapat segera pulih seperti sedia kala dan mendapat keadilan terhadap kejadian yang menimpa kepada dirinya.