Umur baru 24 tahun, wanita bergaji RM2,500 beli kereta EV cecah ratusan ribu ringgit

Umur baru 24 tahun, wanita bergaji RM2,500 beli kereta EV cecah ratusan ribu ringgit
Golongan muda sememangnya miliki sifat ingin mencuba yang membuak-buka sehingga hilang pertimbangan untuk berfikiran rasional sewaktu membuat keputusan di dalam kehidupan.
Seorang wanita muda telah berkongsi bagaimana dia telah mengambil keputusan membeli kereta EV yang mencecah ratusan ribu walaupun hanya dirinya berada di tingkat gaji yang minimum.
Menerusi Threads, dia mendakwa kini baru berusia 24 tahun sudah membeli sebuah kereta elektrik keluaran China iaitu BYD Seal Premium serta membayar sepenuhnya dengan duit poket sendiri dan hanya minta tolong ibu bapa menjadi sebagai penjamin memandangkan tingkat gajinya yang rendah.
Difahamkan dia juga menyediakan wang deposit sendiri dan tidak mengharapkan orang lain serta mendakwa dengan keupayaan menyediakan wang muka itu bermaksud dirinya adalah berkemampuan dari segi kewangan.
Sudah pasti ramai mempersoalkan keputusan pembelian yang dibuat terbabit, dia lalu menjawab bahawa dirinya tidak mahu menyesal di hari tua kelak dek kerana tidak berani mengambil risiko memiliki kereta mewah itu di usia muda.
Tegasnya lagi, dia sangat yakin akan timbul rasa kekesalan tidak memiliki kereta berkenaan jika menyingkap semula perjalanan hidupnya di kemudian hari dan percaya keputusan ini bakal menjadi batu loncatan untuk membeli kereta idaman pada masa depan.
Mengakui dirinya ada timbul rasa sedikit gelisah kerana wang simpanan di dalam bank telah berkurangan, dia percaya ini merupakan satu motivasi untuk berkerja keras mencari wang demi membiayai segala komitmen berkaitan keretanya itu.
Sedikit maklumat berkaitan kewangan peribadinya, dia mempunyai kerja tetap dengan dibayar gaji sekitar RM2,500 dan mempunyai kerja sampingan lain yang bakal memberi wang tambahan menerusinya tetapi tidak menentu.
Difahamkan BYD Seal Premium itu sedia dijual pada harga RM130,000, yang mana dia sudah meletakkan wang simpanan sebanyak RM31,000 sebagai deposit dan mengikat kontrak pinjaman selama 9 tahun.
Dengan komitmen bulanan setinggi RM1,700 , dia sasar untuk menyelesaikan seawal 7 tahun kerana terdapat fleksibiliti pada kontrak terbabit.

Menjengah ke ruangan komentar, majoriti netizen meluahkan rasa kesal dengan keputusan melulu yang dibuat oleh wanita muda itu kerana boleh dikira memperjudikan keupayaan kewangan dalam jangka masa panjang.
Ramai merasakan dia terlalu berani membeli kereta di luar kemampuan meskipun hanya mempunyai kerja tetap dengan gaji di bawah RM3,000 ditambah pula dengan kerja freelance yang tidak tidak stabil dari segi jumlah pendapatan.