Bau ketiak melekat dekat gaun, wanita didenda RM1,223 selepas ‘fitting’ baju kahwin

Bau ketiak melekat dekat gaun, wanita didenda RM1,223 selepas ‘fitting’ baju kahwin

 

Seorang wanita dari Shandong, China meluahkan rasa bengang terhadap satu butik perkahwinan yang memaksa dia untuk membeli pakaian tersebut selepas dia mencubanya.

Wanita yang dikenali sebagai Momo itu pergi ke butik pengantin tersebut dan mencuba dua jenis gaun berbeza.

Selepas mencuba yang pertama, dia tak berkenan dan pulangkan semula kepada pekerja butik tersebut.

Katanya dia perasan yang pekerja tersebut bermasam muka selepas menerima gaun yang pertama namun begitu dia abaikan dan mencuba gaun yang kedua.

“Saya masih tak suka gaun kedua dan tingkat dua butik itu tak ada penghawa dingin, jadi saya rasa saya nak keluar dari butik itu.”

Namun begitu, ketika dia dan teman lelakinya bersiap untuk keluar daripada kedai tersebut selepas pulangkan gaun kedua, mereka telah dihalang oleh pekerja.

Pekerja tersebut meminta pampasan daripada pasangan ini kerana gaun pertama mereka ada bau ketiak.

“Mereka meminta saya untuk beli gaun perkahwinan itu, saya jadi bingung. Saya kena bayar hanya sebab cuba ke?”

Difahamkan, berlaku pertelingkahan antara teman lelaki Momo dan pekerja butik itu sebelum salah seorang pekerja lain hubungi pengurus butik.

Ketika pengurus tiba kira-kira dalam 10 minit kemudian, pengurus itu mendekati pasangan ini dan memberitahu mereka tentang bau badan di gaun tersebut.

Menurut sumber, situasi menjadi janggal buat Momo yang mana akhirnya dia mengaku yang dia boleh bau badannya, bagaimanapun Momo menegaskan bahawa tempat tersebut agak panas.

“Mereka tak ada penghawa dingin dekat tingkat dua, dan saya berpeluh semasa nak pakai gaun tu. Sejujurnya saya tak rasa saya perlu bertanggungjawab sebab ini.”

Namun enggan memanjangkan lagi isu dan keruhkan keadaan, Momo tiada pilihan lain dan terpaksa membayar RMB2,000 (RM1,223) untuk gaun pengantin yang dia tak suka.