Bank Negara pernah keluarkan wang kertas terbesar dunia bernilai RM600 yang ramai tak tahu
Bank Negara pernah keluarkan wang kertas terbesar dunia bernilai RM600 yang ramai tak tahu
Tidak ramai yang tahu bahawa Malaysia pernah mengeluarkan wang kertas terbesar di dunia bernilai RM600 yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2017.
Ia kini menjadi perbualan hangat selepas ia dipaparkan dalam video TikTok oleh Banknote World yang menyenaraikan “Top 3 Largest Banknotes in the World”.
Dalam video tersebut, Malaysia berjaya meraih tempat pertama dengan nota RM600 ini.
Wang kertas versi khas ini dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Ia dilancarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, di Museum dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Wang kertas RM600 ini bukan sahaja unik kerana saiznya yang luar biasa besar tetapi juga kerana reka bentuk dan ilham disebalik terbitnya wang kertas ini.
Di bahagian depan, terdapat imej 15 Raja-Raja Malaysia, manakala di bahagian belakang pula, ia memaparkan sejarah upacara penandatanganan Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Nota ini mempunyai nilai RM600 tetapi dijual pada harga RM1,700 sekeping oleh Bank Negara Malaysia semasa pelancarannya.
Namun, semua nota ini telah habis dibeli oleh pengumpul wang kertas.
@banknoteworld What kind of wallet you need to carry these large banknotes? We are having huge sale! 🥳 #malaysia #ringgit #philippines #peso #fiji #banknoteworld #moneycollection #banknotecollection #collectiblebanknotes #moneycollector #currencymarket #colletciblecurrency
Menurut netizen di ruangan komen video TikTok tersebut, “Nota RM600 adalah sah tetapi ia sangat terhad. Semua kolektor dah beli. Kalau ada, harganya akan jadi sangat tinggi.”
Dalam video TikTok itu, Banknote World turut meletakkan Fiji di tempat ketiga dengan wang kertas $2,000 dan Filipina di tempat kedua dengan peso 100,000.
Video TikTok itu telah menarik lebih 294,000 tontonan, dengan sebahagian rakyat Malaysia mengaku bahawa mereka sendiri tidak sedar mengenai kewujudan wang kertas ini.