[Video] Tindakan pantas orang awam gagalkan cubaan pesakit psikiatri menculik kanak-kanak
Sungguh mendebarkan! Itulah apa yang kita dapat rasakan selepas melihat video menunjukkan situasi cubaan menculik kanak-kanak lelaki di Pasir Gudang.
Dalam video yang tersebar itu, dilihat seorang lelaki telah menarik seorang budak dan disedari orang awam apabila mendengar suara mangsa menjerit meminta tolong. Kejadian itu dilaporkan berlaku di hadapan mekdi Taman Kota Masai.
Video penuh kejadian cubaan culik kanak-kanak
Suspek OKU mental dan positif dadah
Siasatan awal mendapati ketika kejadian kanak-kanak itu berjalan dari Sekolah Agama (SA) Taman Scientex dan suspek mempelawa mangsa menumpang motosikal untuk dihantar pulang.
Suspek berusia pertengahan 20-an adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) mental dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine.
Kejadian seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda. Suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.