Video baring bersama undang persoalan, netizen minta View Chin & Mira umum jika sudah berkahwin

Video baring bersama undang persoalan, netizen minta View Chin & Mira umum jika sudah berkahwin

 

Pempengaruh media sosial, View Chin dan Mira sekali lagi mendapat perhatian netizen selepas berkongsi video memaparkan betapa rapatnya mereka berdua.

Menerusi satu hantaran di Instagram, View Chin telah membuat memuat naik satu video yang mana dia sedang berbaring bersama Mira atau nama sebenarnya Amirah Aqilah di atas katil.

Dalam video itu, Mira termimpi View Chin sedang berlaku curang terhadapnya dengan seorang wanita misteri dan disebabkan mimpi itu, dia marah dan merajuk dengan View Chin sepanjang hari.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang mempersoalkan status hubungan kedua-dua pempengaruh media sosial ini kerana sering mencipta konten seperti ini.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang meminta View Chin dan Mira untuk mengumumkan kepada orang ramai sekiranya mereka telah bernikah bagi mengelakkan fitnah.

Ada juga netizen yang meninggalkan komen mengecam kedua-dua pempengaruh media sosial itu kerana tanpa segan silu membuat konten seperti itu.

Terdahulu, bekas isteri View Chin iaitu Shermine telah mendedahkan lelaki itu telah berlaku curang terhadapnya dengan salah seorang pekerja mereka iaitu Mira.

Disebabkan itu, Shermine dan View Chin mengambil keputusan untuk bercerai namun  mengambil keputusan untuk tetap berbaik demi anak-anak mereka.

View Chin dan Mira

Selepas beberapa bulan terpisah, View Chin dan Mira kembali bersama dalam siaran langsung bersempena dengan promosi jualan barangnya dan sehingga kini, mereka masih bekerjasama malah kelihatan semakin rapat.