Tular papan tanda amaran ‘perokok akan ditembak, jika masih hidup akan ditembak lagi’

“Amaran: Perokok akan ditembak. Jika mereka masih hidup, mereka akan ditembak lagi.”
Seorang pelanggan kedai makan telah berkongsi sebuah video di laman sosial TikTok mengenai isu ‘hukuman’ jika merokok di premis makan dengan meletakkan papan tanda di pintu masuk kedai berkenaan.
Menerusi video yang dimuat naik menunjukkan satu amaran yang berbaur jenaka tetapi tegas tersebut bagi memastikan bahawa semua pelanggan perlu mengambil perhatian kerana ada sesetengah pelanggan yang masih culas akan hal ini.
Walaupun notis larangan merokok yang dipasang di dinding premis makanan, ramai di kalangan kita memandangnya seolah-olah hanya menjadi perhiasan dinding sahaja dan tidak dipedulikan perokok mahupun pemilik premis makanan.
Video tersebut (ketika berita ini ditulis) telah meraih 845.3 ribu tontonan (views), 131.5 ribu tanda suka (likes) dan 1,182 komen di TikTok.
Sementara tinjauan di ruangan komen, ramai netizen yang memuji pendekatan inovatif pemilik restoran untuk mengurangkan merokok di tempat awam.
“Patut semua kedai buat macam ni,” tulis @MMC_MXC.
“Boleh ajukan untuk semua kedai makan kat Malaysia,” kata @-0.
“Amaran yang paling senang,” ulas @imran.