Tular dakwaan BubbleBee tak carum KSWP pekerja, ini respon Shuib
Pelawak dan usahawan, Shuib tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai dakwaan mengatakan syarikat yang diasaskannya, Bubble Bee culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi para pekerjanya.
Akan berbincang dengan pihak pengurusan
Menurut OhBulan!, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, walau bagaimanapun dia akan berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu sebelum memberikan apa-apa kenyataan berhubung dakwaan yang dikeluarkan tersebut.
Saya tak nak komen apa-apa cuma buat masa sekarang saya dan pihak pengurusan Bubble Bee masih lagi dalam perbincangan mengenai dakwaan ini.
Dan bagi menjawab soalan ini, apa yang saya boleh katakan ialah kami tidak boleh menidakkan benda yang betul dan kami juga tak boleh menidakkan benda yang salah.
Insyaa-Allah bila saya dan pihak pengurusan dah bersedia untuk berikan jawapan dan keterangan, saya akan bagi.
Terdahulu, tularnya satu hantaran dimuat naik seorang individu di TikTok yang mendakwa syarikat Bubble Bee yang diasaskan pelawak berusia 39 tahun itu tidak membayar caruman KWSP pekerjanya sejak dari awal tahun 2023.
Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mendakwa berlakunya kelewatan pembayaran gaji serta elaun kerja lebih masa pekerja Bubble Bee.