Tok Mat Pengarah Pilihan Raya UMNO ganti Tajuddin

Tok Mat Pengarah Pilihan Raya UMNO ganti Tajuddin

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno berkuatkuasa serta merta.

Pelantikan itu sekaligus menggantikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

“Penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya Umno ini bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.

“Dengan kedudukan Datuk Seri Utama Mohamad Hasan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan Pilihan Raya yang melibatkan semua parti-parti komponen Barisan Nasional.

“Umno Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad atau dikenali Tok Mat sebelum ini menjalankan tugas sebagai Pengerusi War Room Barisan Nasional dan Umno.

Sumber: Malaysiadateline

COMMENTS