Terkinja-kinja depan tunang ‘pakai telekung’, Sharifah Sakinah dikecam persenda pakaian solat
Pelakon Sharifah Sakinah semakin hari menjadi bualan hangat netizen dengan perkongsian yang dimuat naik di media sosialnya.
Baru-baru ini, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu kembali mencetuskan kontroversi dengan satu video yang dikongsi di Instagram miliknya @sharifah_sakinah.
“Bila malam Jumaat lepas tu terus masuk kelas. Tak sempat tukar pakaian ‘gym’. Terima kasih @marshamilan memang ringan telekung awak,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat Sakinah sedang memakai telekung sambil melakukan aksi bersenam ketika sedang ‘video call’ bersama tunangnya, Michael Hansen.
Moga diberi hidayah
Namun begitu, perkongsian pelakon berusia 32 tahun dipenuhi dengan komen kecaman daripada netizen di mana masing-masing menyifatkan perbuatan Sakinah melampaui batas.
Nak menganjing tak kena tempat
Terkinja2 pakai telekung tak bersalah ke
Tutup aurat salah, tak tutup pun salah
Dalam pada itu, ramai juga mempertahankan tindakan Sakinah dan berpendapat telekung itu hanya sekadar pakaian biasa.
Terdahulu, Sakinah mengikat tali pertunangan dengan jejaka kelahiran Sweden bernama Michael Hansen dan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei hadapan.
Sumber:OMM, IG Sharifah Sakinah