Terbesar di Malaysia, ‘Maze Park’ di Perak ini bakal jadi tumpuan terbaru pelancong

Terbesar di Malaysia, ‘Maze Park’ di Perak ini bakal jadi tumpuan terbaru pelancong

Ketika ini, ramai sudah tidak sabar mahu memulakan langkah untuk bercuti. Mana tidaknya, kita terpaksa bekerja dari rumah dan tidak boleh merentas daerah disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Terbaharu, sebuah ‘Maze Park’ atau taman pagar sesat terbesar di Malaysia telah dibina. Terletak di Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5, Perak, anda boleh merasai pengalaman untuk keluar daripada pagar sesat.

 

Untuk pengetahuan anda, kawasan tersebut memiliki 1001 kisah berkaitan industri pelombongan biji timah di Perak. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat kapal korek biji timah yang berusia lebih 82 tahun di sana.

Anda akan mendapat tambah ilmu pengetahuan berkaitan sejarah pelombongan biji timah dan juga berhibur bersama keluarga dengan bermain di pagar sesat. Difahamkan, destinasi ini dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 6 petang.

Adakah anda mahu mencuba pagar sesat ini dan turut berkunjung ke kapal korek biji timah? Pastinya tarikan baharu ini akan menarik lebih pelancong ke Perak. – TV

COMMENTS