“Macam kena salai” – Lelaki panas ‘telur’ selepas tebang pokok ara

“Macam kena salai” – Lelaki panas ‘telur’ selepas tebang pokok ara

 

“Macam kena salai” – Lelaki panas ‘telur’ selepas tebang pokok ara

Kata orang lama, jangan sembarangan menebang tumbuhan lebih-lebih lagi pokok besar.

Salah tebang, buruk padahnya.

Ini kerana sesetengah pokok merupakan tempat paling disukai makhluk halus untuk ‘melepak’ atau bertenggek.

Menurut seorang perawat perubatan Islam, @Hasnanrili dia pernah berdepan kes pesakitnya mengalami gangguan selepas menebang sebuah pokok ara besar di belakang rumah.

“Pokok ara tu besar gedabak belakang rumah. Sudah ramai cuba tebang tetapi semua tak berani.

“Abang ini hati kering potong pakai gergaji sampai separuh, selepas itu tolak pakai jengkaut,” katanya menerusi video yang dikongsikan di TikTok.

Malangnya, tidak sampai sejam selepas ‘kejayaan’ itu, tubuh lelaki berkenaan mula terasa bahang malah alat sulitnya juga dirasakan terbakar bagai sedang disalai.

“Tidak sampai satu jam dia rasa panas daripada pinggang sampai kaki. Tetapi bahagian badan ke atas rasa sejuk… selepas balik rumah mandi rasa lega.

“Selepas maghrib ‘telur’ dia panas macam kena salai, huru-hara letak ais dalam spender tetap tidak jalan,” cerita pengamal perubatan Islam berkenaan.

Tambahnya keadaan lelaki itu semakin parah apabila dia diganggu sosok wanita dengan rambut mengurai duduk bertenggek di atas dadanya ketika sedang tidur.

Sedar ada sesuatu yang tidak kena, dia segera mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan Islam tersebut sebelum keadaan bertambah parah.

“Malam masa tidur ada ‘kak ponti’ (pontianak) duduk bertenggek atas dada dia sambil menjeling dengan muka ditutup dengan rambut separuh.

“Menjerit dia histeria. Semakin panas telur member. Kasihan dia, selepas buat rawatan baru hilang rasa panas,” ujarnya.

Sekadar info, pokok ara sering dikaitkan dengan perkara mistik dan kebiasaannya ia menjadi tempat pemujaan untuk mendapatkan nombor ekor, lokasi membuang saka dan banyak lagi.

Sumber: mStar